BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 27 March 2011

HEBAT SANGATKAH CINTA?


Hebat sangatkah cinta
Atau cuma hawa nafsu semata
Jika tiada calon, ramai yang bertanya
Mengapa tidak dicari katanya

Hebat sangatkah cinta
Jika cuma sesama manusia
Apatah lagi berlainan jantina
Hingga agama diletak belakangnya

Hebat sangatkah cinta
Jika statusku single mereka hairan bertanya
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya
Jika ramai tak buat dipandang biasa
 
Hebat sangatkah cinta
Menghayati rasa yang terkandung di dada
Terlahirnya sajak, puitisnya cinta
Lautan api sanggup diredahnya
 
Hebat sangatkah cinta
Hingga semua nak diserahkannya
Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa
Sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja
 
Hebat sangatkah cinta
Kononnya di hati tulus setia
Membukti cinta tanpa diduga
Akhirnya tubuh menjadi mangsa

Hebat sangatkan cinta
Saya suka awak kerana agama
Kalau begitu mengapa mendekati zina
Jika benar agama ukurannya
 
Hebat sangatkah cinta
Mampu membuat diri tersenyum manja
Khayalnya meneguk madu cinta
Sedangkan yang diteguk racun berbisa
 
Hebat sangatkah cinta
Sehingga mata yang celik di kata buta

Dosa pun dia kata tak pa
Janji kau aku yang punya

Hebat sangatkah cinta
Jawapannya ya
Jika mencari cinta yang Esa
Bahagianya kekal untuk selamanya

APA ITU MAKSIAT?

Dari segi bahasa, dikatakan dalam Lisan al-Arab bahawa "maksiat" ialah perkataan berlawan bagi "ketaatan". Seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada Tuhannya andai tidak mematuhi perintah-Nya.

Dari segi istilah, kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala larangan-Nya atau meninggalkan apa yang diwajibkan dan difardukan dalam kitab-Nya dan sunah Rasul-Nya serta mengerjakan apa yang dilarang Allah dan Rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perbuatan atau perkataan yang zahir atau batin.

Oleh sebab itu, jauhilah maksiat kerana maksiat dan ketaatan ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur dalam satu bekas. Takkan terjadi maksiat dan ketaatana pada satu masa kerana saat manusia tenggelam dalam maksiat, imannya seakan akan tercabut daripadanya buat seketika.