Wednesday, 27 April 2011
TENTANG CINTA
Posted by Ukhti Anahraf at 12:08 0 comments
HIJRAHKAN DIRI
Posted by Ukhti Anahraf at 11:47 0 comments
KENAPA BERTUDUNG?
Posted by Ukhti Anahraf at 07:46 0 comments
Tuesday, 26 April 2011
BERGURU DENGAN POKOK SEMALU
- Pokok semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini ibarat wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
- Pokok semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita.
- Pokok semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi. Oleh itu, wanita perlu kuat dan tabah untuk menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan serta mempunyai ikatan yang kuat dengan Allah s.w.t di samping sentiasa berharap dan meminta pertolongan daripada Allah s.w.t.
- Pokok semalu akan kuncup dengan sendirinya bila senja menjelma. Maka, para wanita sekalian kembalilah ke rumahmu ketika senja menjelang.
Posted by Ukhti Anahraf at 16:31 0 comments
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH
Wahai anakku…
Wanita hiasan dunia begitu ramai sekali. Wanita ini suka berhias mempamerkan aurat kecantikan diri. Bahkan tidak malu memperlihatkan bahagian sulitnya yang diharamkan oleh Allah kepada bukan muhrimnya. Wanita ini lebih mengutamakan kecantikan luaran dari kecantikan dalaman kerana kecantikan inilah ramai yang terperdaya dengan pandangan mata, kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Sehingga ramai kaum lelaki tergila-gilakan wanita yang jelita dan mempersona. Padahal kecantikan ini bersifat sementara akhirnya ramai yang jatuh ke lembah kehinaan. Wanita inilah dikatakan ‘WANITA HIASAN DUNIA’ mudah dijumpai dan senang dimiliki.
Wanita solehah pula, hidupnya di alam ini bukan hidupnya untuk dipuja, dipuji apatah lagi disanjung. Jalan hidupnya penuh kesulitan dan kepahitan. Banyak dugaan yang akan dilalui namun dari dugaan itu ia belajar dari ujian demi ujian yang Allah berikan. Dari ujian itulah ia bersabar, tabah, tunduk yakni tawaduk serta istiqomah dalam perjalanan hidupnya. Beginilah kehidupan wanita solehah yang Allah corakkan buatnya di atas dunia ini. Oleh kerana itulah wanita solehah diletakkan oleh Allah kedudukannya umpama seperti berlian di dalam lumpur di alam ini. Biarpun dirinya dipenuhi selut namun ia tetap bertahan dalam kilauannya yakni NUR IMAN.
Posted by Ukhti Anahraf at 16:06 0 comments
BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT
Diri : Wa'alaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi.
Diri : Laaa... Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde.
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS dan TV. Jadi kami rasa terpinggir.
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis. Entah ar...
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti.
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali.
Diri : Arghhh, gembira apanya. Berterabur kerja kat pejabat tu! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga.
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah. Bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
Diri : Eh, jangan. Bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu. Mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan. Kami minta diri dulu. Tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan.
Diri : Jangan pergi. Saya sanggup pecat Encik Dosa. dan ahli jawatankuasanya;,DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur.
Iman : Alhamdulillah... Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar... Silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya.
Diri : Terima kasih Encik Iman.
Posted by Ukhti Anahraf at 09:20 0 comments
JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEBENARNYA
Pilihlah atas pilihan ALLAH padamu
Ambillah apa yang diberi ALLAH padamu
Mintalah apa yang disuruh ALLAH padamu
Bertawakkal dan menyerahlah diri atas segala lakuan ALLAH padamu. MAKA adalah yang demikian itu hal ehwal sebenar-benar hamba ALLAH
Posted by Ukhti Anahraf at 09:07 0 comments
SUDAH BERSEDIA? ALLAH . . .
~Kubur adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah ia dengan bersilaturrahim
~Kubur adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah ia dengan perbanyakkan membaca Al-Quran
~Kubur adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan amal sedekah
~Kubur adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawabanmu
"Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian."
Posted by Ukhti Anahraf at 08:41 0 comments
Monday, 25 April 2011
HIDUP BERSANGKA-SANGKA
Ada sangkaan BAIK... Ada sangkaan BURUK...
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
Posted by Ukhti Anahraf at 21:43 0 comments
Thursday, 21 April 2011
LAYAKKAH KITA KE SYURGANYA? ALLAH... ALLAH... ALLAH
Padahal Rasulullah dan para sahabat sentiasa mengisi malam-malamnya dengan derai tangis memohon ampunan kepada Allah. Sehingga kaki-kaki mereka bengkak kerana terlalu lama berdiri dalam khusyuknya.
Kalimat-kalimat pujian dan pinta tersusun indah seraya berharap Allah Yang Maha Mendengar mahu mendengarkan keluhan mereka. Ketika azan berkumandang, segera para sahabat meninggalkan semua aktiviti menuju sumber panggilan, kemudian waktu demi waktu mereka habiskan untuk bersimpuh di atas sajadah-sajadah penuh titisan air mata.
Baca Al-Quran sesempatnya, itu pun tanpa memahami erti dan maknanya, apalagi meresapi hikmah yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat yang mengalir dari lidah ini tidak sedikit pun membuat dada ini bergetar, padahal tanda-tanda orang beriman itu adalah ketika dibacakan ayat-ayat Allah maka bergetarlah hatinya. Hanya satu dua lembar ayat yang sempat dibaca sehari, itu pun tidak rutin. Kadang lupa, kadang sibuk, kadang malas. Yang begini mengaku beriman?
Tidak sedikit dari sahabat Rasulullah yang menahan nafas mereka untuk meredam getar yang menderu saat membaca ayat-ayat Allah. Sesekali mereka terhenti, tidak melanjutkan bacaannya ketika cuba menggali makna tersirat dalam sebaris kalimat Allah yang baru saja dibacanya. Mereka hiasi mushaf di tangan mereka dengan titis air mata. Setiap titis yang akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa mereka jatuh kerana lidah-lidah indah yang melafazkan ayat-ayat Allah dengan pemahaman dan pengamalan tertinggi.
Bersedekah jarang, begitu juga infaq. Kalau pun ada, dipilih mata wang terkecil yang ada di dompet. Syukur-syukur kalau ada duit syiling. Berbuat baik terhadap sesama juga jarang, paling tidak kalau sedang ada kegiatan bakti sosial, yang penting ikut meramaikan. Sudah lah jarang beramal, amal yang paling mudah pun masih kedekut, senyum? Apa yang susahnya senyum? Kalau sudah seperti ini, layak ke berharap Kebaikan dan Kasih Allah?
Rasulullah adalah manusia yang paling dirindui, senyum indahnya, tutur lembutnya, belai kasih dan perhatiannya, juga pembelaannya bukan semata milik Khadijah, Aisyah, dan isteri-isteri baginda yang lain. Juga bukan semata untuk Fatimah dan anak-anak Rasulullah lainnya. Ia sentiasa penuh kasih dan tulus terhadap semua yang dijumpainya, bahkan kepada musuhnya sekali pun. Baginda juga mengajarkan para sahabat untuk berlumba beramal soleh, berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sebaik-baiknya.
Setiap hari berbalah dengan tetangga. Kalau bukan sebelah kanan, yang tetangga sebelah kiri. Seringkali masalahnya cuma soal yang remeh temeh, tapi permusuhan boleh berlangsung berhari-hari, kalau perlu ditambah sumpah tujuh turunan. Waktu demi waktu dihabiskan untuk menceritakan aib dan keburukan saudara sendiri. Detik demi detik dada ini terus kesal setiap kali melihat kejayaan orang dan berharap orang lain celaka atau mendapatkan bencana. Sudah sedemikian pekatkah hati yang tertanam dalam dada ini? Adakah layak hati yang seperti ini bertemu dengan Allah dan Rasulullah kelak?
Wajah indah Allah dijanjikan akan diperlihatkan hanya kepada orang-orang beriman yang masuk ke dalam surga Allah kelak. Tentu saja mereka yang berkesempatan hanyalah para pemilik wajah indah pula. Tak inginkah kita menjadi bahagian kelompok yang dicintai Allah itu? Lalu kenapa masih terus bermuka masam terhadap saudara sendiri?
Dengan adik tidak akur, kepada kakak tidak hormat. Terhadap orang tua kurang ajar, sering membantah, sering membuat kesal hati mereka, apalah lagi mendoakan mereka, mungkin tidak pernah. Padahal mereka tidak perlukan apa pun selain sikap ramah penuh kasih dari anak-anak yang telah mereka besarkan dengan segenap cinta. Cinta yang berhias peluh, air mata, juga darah. Orang-orang seperti kita ini, apakah layak berharap syurga Allah?
Dari redha orang tualah, redha Allah diraih. Kaki mulia ibu lah yang disebut-sebut tempat kita merengkuh syurga. Bukankah Rasulullah yang sejak kecil tak beribu memerintahkan untuk berbakti kepada ibu, bahkan tiga kali beliau menyebut nama ibu sebelum kemudian nama ayah?
Bukankah seharusnya kita lebih bersyukur saat masih dapat mendapati tangan lembut untuk dikucup, kaki mulia tempat bersimpuh, dan wajah teduh yang teramat hangat dan menyejukkan? Kerana begitu banyak orang yang tidak lagi mendapatkan kesempatan itu. Atau harus menunggu Allah memanggil orang-orang terkasih itu hingga kita baru merasa benar-benar memerlukan kehadiran mereka?
Astaghfirullah al 'azim...
Bersama kita renungkan dan muhasabah diri...
Lakukanlah pengislahan diri.
Posted by Ukhti Anahraf at 00:21 0 comments
Wednesday, 20 April 2011
PABILA AL-QURAN DI ANAK TIRIKAN
Tapi masa sekarang sudah berubah. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang Maghrib, bagaikan menutup tirai senja. Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya. Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.
“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”
Sedih bukan? Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita. Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam yang dipetik dari blognya“...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.” Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:
“Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."
Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.
Posted by Ukhti Anahraf at 22:03 0 comments
PELUPA ITU KITA
Sekali pernah terlepas dari genggaman
Bila perut kenyang
Bila diri terpegun akan keindahan
Bila dikunjungi berita malang
Kita alpa kepada kalimah
Kadangkala kita lupa kerana terbiasa
Posted by Ukhti Anahraf at 21:54 0 comments
SELALU CHECK HATI KITA
Sizuka > Hati saya terluka lagi...
Nobita > Awak, saya boleh cantumkan kembali.
Sizuka > (^_^)
Sizuka > Awak, takpa lah awak. Walau berkali awak cuba cantumkan lagi... Saya tau ianya pasti akan retak kembali.
Sizuka > Bukan macam tu awak... Saya nak serahkan hati saya kepada Allah. Sebab Dia saja yang mampu cantumkan kembali hati saya betul-betul. Bukan manusia.
Sizuka > (^_^)
Bercinta dengan manusia lain rasanya. Bercinta dengan Allah sungguh manis. SubhanAllah. Kembali mencari hati yang retak dan berkecai untuk dicantumkan kembali dengan bermunajat kepada Allah, bertahajud kepadaNya mohon diberi kekuatan. Kerana Allah Maha Mendengar, manusia tidak mampu menjadi pendengar sesetia Allah. Kembalilah kepada Dia jika kita sedang bermasalah. Allah ada solusinya. InsyaALLAH
Posted by Ukhti Anahraf at 21:35 0 comments
LAYAR KEHIDUPAN
Langit tinggi kebiruan
Pepohon kehijauan
Lihatlah di sana sini
Beburung menyanyi keriangan
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian kita
Mensyukuri nikmat Yang Maha Esa
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari
Dari masalah diri
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Buatmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Hidup ini usah dipersiakan
Posted by Ukhti Anahraf at 21:08 0 comments
FAKTOR DOA TIDAK DIMAKBULKAN
- Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya
- Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunnahnya
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya
- Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya
- Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya
- Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya
- Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya
- Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya
- Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri
- Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Posted by Ukhti Anahraf at 20:34 0 comments
Tuesday, 19 April 2011
PEMILIK CINTA ABADI
Mendung langit gerimis pula menghiris
Jatuhmu rebah tersungkur
Sakitmu amat perit
Seakan suram dan kelam
Namun masih mampu kau tersenyum
Masih mampu zikir menguntum
Masih mampu puja dan puji Illahi beralun
Masih mampu kalimah Allah kau susun
Masih mampu kau tabah
Masih mampu kau menongkah
Duhai sayang…
Melihat kau getir diuji
Tapi bergema redha dalam jiwamu
Hatimu pencinta takdir jalan kehidupan
Sanubarimu mohon ketaqwaan seorang hamba
Kau istimewa… Terlalu istimewa... Sentiasa berlapang
Bila diri diuji
Bila hati diusik syaitan
Bila jasad penuh kafarah dosa
Dengan jiwa kehinaan
Kembali bersujud pada Yang Esa
Air mata kehambaan menitis
Malam penuh kesunyian itu diusik taubatmu
Saat kau hampir goyah
Saat kau dihiasi senda tawa
Posted by Ukhti Anahraf at 22:43 0 comments
Monday, 18 April 2011
AMARAN MENGENAI RIBA-PRAKTIKKAN ILMU YANG DIPELAJARI
Firman Allah S.W.T : "Dan sesuatu riba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang (yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya)". [Surah Ar-Rum : 39]
Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275].
Firman Allah S.W.T : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba yang belum dipungut jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”. [Surah Al-Baqarah 279].
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba". [Hadith Riwayat Muslim]
Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya, "Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?" Sabdanya, " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya". [Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]
Rasulullah S.A.W bersabda : Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan kerana takut dan menuduh perempuan yang suci dengan zina tanpa saksi adil". [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya". [Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah]
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud : "Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali". [Hadith Riwayat Muslim]
Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya : "Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya (adalah) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai". [Hadith Riwayat Muslim]
Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : "Saya mendengar Rasullullah S.A.W berpidato pada Haji Wada’ : "Wahai manusia... Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya". [Hadith Riwayat Muslim]
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya". [Hadith Riwayat Ibnu Majah]
Imam Malik Bin Anas r.h pula berkata : “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah S.W.T dan Sunnah Nabi S.A.W dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah S.W.T dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya”. [Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ]
Berkatalah Abu Hanifah r.h pula : “Riba, inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan". [Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73]
Ibn Abbas r.a berkata : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : "Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya". [Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366]
Berkata Imam Qatadah r.h : “Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada”. [At-Tabari, 3/72]
Berkata Ibnu Abbas r.a : “Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya”. [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir 'An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224]
Imam An-Nawawi r.h berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar". [Rujuk Al-Majmu’, 9/391]
Posted by Ukhti Anahraf at 20:55 0 comments
ALLAH CINTAKAN ORANG MUDA BERTAUBAT
- Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
- Aku cintakan orang yang rendah hati / diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
- Aku cintakan orang yang bertaubat tetapi Aku cinta lagi ORANG MUDA YANG BERTAUBAT".
Posted by Ukhti Anahraf at 20:25 0 comments
LELAKI IDAMAN WANITA SOLEHAH - SUBHANALLAH
Posted by Ukhti Anahraf at 18:18 0 comments
Saturday, 16 April 2011
PINTU TAUBAT TERBUKA LUAS
Wahai MATA yang pernah melihat maksiat...
Menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat.
Bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat...
Sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.
Wahai JIWA yang hitam dan berkarat...
Perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat.
Wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan...
Kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat. Biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana. Kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di akhirat.
Posted by Ukhti Anahraf at 17:10 0 comments















