BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 26 April 2011

BERGURU DENGAN POKOK SEMALU

Rasulullah pernah berkata kepada puteri kesayangannya, Fatimah bahawa pokok semalu itu berkait rapat dengan wanita. Wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pokok semalu ini melalui empat perkara iaitu :
  • Pokok semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini ibarat wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
  • Pokok semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita.

  • Pokok semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi. Oleh itu, wanita perlu kuat dan tabah untuk menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan serta mempunyai ikatan yang kuat dengan Allah s.w.t di samping sentiasa berharap dan meminta pertolongan daripada Allah s.w.t.

  • Pokok semalu akan kuncup dengan sendirinya bila senja menjelma. Maka, para wanita sekalian kembalilah ke rumahmu ketika senja menjelang.

SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Mengapa wanita hiasan dunia diletakkan di tempat yang terpuji? 
Sedangkan wanita solehah itu berada di dalam lumpur. 
Bukankah sepatutnya ia dimuliakan seperti di atas takhta? Apa bezanya, wahai ibuku?

Wahai anakku…
Wanita hiasan dunia begitu ramai sekali. Wanita ini suka berhias mempamerkan aurat kecantikan diri. Bahkan tidak malu memperlihatkan bahagian sulitnya yang diharamkan oleh Allah kepada bukan muhrimnya. Wanita ini lebih mengutamakan kecantikan luaran dari kecantikan dalaman kerana kecantikan inilah ramai yang terperdaya dengan pandangan mata, kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Sehingga ramai kaum lelaki tergila-gilakan wanita yang jelita dan mempersona. Padahal kecantikan ini bersifat sementara akhirnya ramai yang jatuh ke lembah kehinaan. Wanita inilah dikatakan ‘WANITA HIASAN DUNIA’ mudah dijumpai dan senang dimiliki.

Wanita solehah pula, hidupnya di alam ini bukan hidupnya untuk dipuja, dipuji apatah lagi disanjung. Jalan hidupnya penuh kesulitan dan kepahitan. Banyak dugaan yang akan dilalui namun dari dugaan itu ia belajar dari ujian demi ujian yang Allah berikan. Dari ujian itulah ia bersabar, tabah, tunduk yakni tawaduk serta istiqomah dalam perjalanan hidupnya. Beginilah kehidupan wanita solehah yang Allah corakkan buatnya di atas dunia ini. Oleh kerana itulah wanita solehah diletakkan oleh Allah kedudukannya umpama seperti berlian di dalam lumpur di alam ini. Biarpun dirinya dipenuhi selut namun ia tetap bertahan dalam kilauannya yakni NUR IMAN.


BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT

Iman : Assalamu'alaikum, bos.

Diri : Wa'alaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi.

Diri : Laaa... Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde.

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS dan TV. Jadi kami rasa terpinggir.


Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis. Entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti.

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali.

Diri : Arghhh, gembira apanya. Berterabur kerja kat pejabat tu! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga.

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah. Bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Eh, jangan. Bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu. Mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan. Kami minta diri dulu. Tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan.

Diri : Jangan pergi. Saya sanggup pecat Encik Dosa. dan ahli jawatankuasanya;,DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur.

Iman : Alhamdulillah... Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar... Silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya.

Diri : Terima kasih Encik Iman.

JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEBENARNYA

 
Kerjakanlah apa yang dituntut ALLAH kepadamu 
Pilihlah atas pilihan ALLAH padamu
 
Ambillah apa yang diberi ALLAH padamu
 
Mintalah apa yang disuruh ALLAH padamu
  
 Sabar dan redhalah atas segala takdir ALLAH padamu
 
Bertawakkal dan menyerahlah diri atas segala lakuan ALLAH padamu. MAKA adalah yang demikian itu hal ehwal sebenar-benar hamba ALLAH

SUDAH BERSEDIA? ALLAH . . .

~Kubur adalah tempat paling gelap maka terangilah ia dengan tahajud

~Kubur adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah ia dengan bersilaturrahim

~Kubur adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah ia dengan perbanyakkan membaca Al-Quran

~Kubur adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah ia dengan amal sedekah

~Kubur adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawabanmu

"Perbanyaklah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingat mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian." 
~ {HR. Ad-Dailami}