DUNIA hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk AKHIRAT.
Thursday, 14 April 2011
BORING! BOSAN!
Ada suara yang mengungkapkan : "Boring la hidup ini!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamatnya. Jiwa itulah juga yang nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surah al-Dhariyat 51 : 56)
Allah juga berfirman yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah 2 : 30)
Dua misi inilah yang membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.
Posted by Ukhti Anahraf at 03:09 0 comments
TIPS MENUTUP AURAT-PERINGATAN BERSAMA
Menutup aurat adalah perintah daripada Allah s.w.t.. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.
Di bawah diesrtakan bebrapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.
1. Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
2. Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.
5. Asingkan pakaian kepada dua kriteria : sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
6. Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh syariah.
8. Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.
Nak jadi wanita yang DIREDHAI Allah kenalah pakai pakaian yang DIREDHAI Allah... Allah mengasihi orang-orang yang berusaha membaiki diri.
Posted by Ukhti Anahraf at 02:52 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




