BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 29 March 2011

KETAHUILAH WAHAI SYABAB

Usah kau lalaikan diriku
Dengan ayat-ayat cinta palsumu
Bukan kau sekadar merosakkan dirimu
Ketahuilah dirimu wahai syabab
Kau juga merosakkan bangsamu
Kerana kejatuhan sesuatu bangsa itu 
Tergantung pada jatuhnya maruah wanita mereka
Bermula pada dirimu
Jika kau gagal mengendalikan nafsumu
Kerana mudah terpesona dengan keindahan 
Yang hakikatnya adalah palsu
 
Ketahuilah wahai syabab
Jika kau merasa lemah
Tika bayangan kami berlalu
Yang melintas pada mindamu
Engkau telah tertipu
Muda kami kan berlalu
Keayuan kami kan pudar
Seiring waktu
Tegas pada dirimu
Kau harus tundukkan pandanganmu
Agar tidak kau turut kan nafsumu

Ketahuilah wahai syabab
Ada di antara kami sengaja melalaikanmu
Melalui pakaian tertentu
Tanpa punya rasa malu
Tegas kan pada dirimu
Engkau pemuda islam sejati
Tunjukkan kegagahanmu
Melawan hawa nafsu
Bukan melalui kudratmu
Bika tidak kau akan tertipu

Ketahuilah wahai syabab

Kau harus bertegas pada dirimu
Menjaga kesucianmu
Hanya buat wanita yang halal padamu
Jika kau ingin kami juga berbuat begitu
Kerana janji Allah tidak menipu
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik
Bukankah berkali-kali kau diberi peringatan untuk itu

Ketahuilah wahai syabab
Jika kau punya niat
Wanita bemaruah untuk dijadikan isterimu
Jagalah jua maruahmu
Kerana itu
Selagi kami tidak halal buatmu
Usah kau biasakan lidahmu
Menjaja ayat cintamu yang penuh palsu
 
Ketahuilah wahai syabab
Pujuk rayu mu kan mejadi saksi
Pada hari kebangkitan nanti
Dan itu sudah pasti
Pada apa yang pernah kau taburi
Hinggakan ramai gadis dikhianati
Anak luar nikah itu dibenci
Gara-gara perbuatanmu
Dan pasanganmu yang mengkhianati,
Pada ikatan suami isteri yang selayaknya kalian miliki
Sebelum kalian berlagak suami isteri
Kerana kalian tidak mematuhi
Larangan zina itu sendiri

Ketahuilah wahai syabab
Ku tarikan pena ini
Mengingatkan diriku sendiri
Juga untuk kalian hayati
Agar kalian tidak lalai berulang kali
Ketika kalian berhadapan dengan kami
Bukan mengatakan kalian salah sepenuhnya
Cuma peringatan agar kalian bangkit kembali
Menjadi pejuang agama sejati
Dari terus dilalaikan diantara kami
Jika kau merasa lemah
Apatah kami
Kerana kau imam
Dan kami makmum mu
Jika salah hala tujumu
Kami juga begitu

Ketahuilah wahai syabab
Kami miliki kudrat yang lemah
Namun gengaman kami tidak lemah
Jika buayan mampu kami goncang
Dunia juga mampu kami gegar
Apatah cuma dirimu
Lihat sejarah lalu
Ramai pemimpin dari kaummu
Tewas ditangan kami
Kerana kegagalan kalian menahan nafsu

Ketahuilah wahai syabab
Jika kau merasa megah
Menghulurkan cintamu
Tanpa ikatan halal
Dan ada di antara kami menyambut cinta palsumu
Lantas tanpa ikatan halal itu
Kau megah membawa di antara kami yang hanyut dengan cintamu
Ke sana, sini juga ke situ
Ternyata sebenarnya engkau merendahkan dirimu
Kerana lebih banyak dikalangan kami yang merosakkanmu
Dari diri kaummu yang merosakkan kami
Hanya kerana kelalaianmu
Sedarkan dirimu

Ketahuilah wahai syabab
Selagi kau serius dengan agama mu
InsyaAllah
Setelah sah ikatan halal itu
Kami berusaha untuk taat padamu
Bukan kerana menjunjung cintamu
Tapi kerana cinta
Pada Dia yang Maha Satu

Monday, 28 March 2011

CINTA ALLAH CINTA ABADI <---SUBHANALLAH

Farah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yang terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Farah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Fahmi bersama, ke mana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yang amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Fahmi bukan kekasih yang dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Fahmi untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” Hari demi hari, hati Farah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yang berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yang bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Farah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan di dalam sebuah majlis yang singkat itu tidak di duganya membuahkan sebuah persahabatan yang berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Humairah, itulah nama yang diungkapkan gadis itu sewaktu Farah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Farah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Farah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Humairah, Farah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Farah yang dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yang menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Farah seakan-akan mampu melupakan Fahmi. Kini Humairahlah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Humairah mampu menggantikan tempat Fahmi. Yang anehnya, Humairah seolah-olah seperti Fahmi versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yang gemar untuk berdampingan dengan Farah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yang ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Farah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yang dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada Ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Farah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Humairah datang mengirimkan sepucuk surat kepada Farah. Tanpa sebarang bicara, Humairah berlalu pergi. Perlahan-lahan, Farah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan di sampul surat itu. Tulisan insan yang pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamu'alaikum wrh,

Ke hadapan Farah binti Mohd Jefry, gadis yang selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu ke dunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Humairah sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untukku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wassalam.

Yang Benar,
Fahmi.
 
Farah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yang sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Farah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Fahmi disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Fahmi dan Farah, anda bagaimana?

SOLEHKAN DIRI UNTUK MEMILIKI YANG SOLEHAH...
SOLEHAHKAN DIRI UNTUK MEMILIKI YANG SOLEH...

Sunday, 27 March 2011

HEBAT SANGATKAH CINTA?


Hebat sangatkah cinta
Atau cuma hawa nafsu semata
Jika tiada calon, ramai yang bertanya
Mengapa tidak dicari katanya

Hebat sangatkah cinta
Jika cuma sesama manusia
Apatah lagi berlainan jantina
Hingga agama diletak belakangnya

Hebat sangatkah cinta
Jika statusku single mereka hairan bertanya
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya
Jika ramai tak buat dipandang biasa
 
Hebat sangatkah cinta
Menghayati rasa yang terkandung di dada
Terlahirnya sajak, puitisnya cinta
Lautan api sanggup diredahnya
 
Hebat sangatkah cinta
Hingga semua nak diserahkannya
Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa
Sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja
 
Hebat sangatkah cinta
Kononnya di hati tulus setia
Membukti cinta tanpa diduga
Akhirnya tubuh menjadi mangsa

Hebat sangatkan cinta
Saya suka awak kerana agama
Kalau begitu mengapa mendekati zina
Jika benar agama ukurannya
 
Hebat sangatkah cinta
Mampu membuat diri tersenyum manja
Khayalnya meneguk madu cinta
Sedangkan yang diteguk racun berbisa
 
Hebat sangatkah cinta
Sehingga mata yang celik di kata buta

Dosa pun dia kata tak pa
Janji kau aku yang punya

Hebat sangatkah cinta
Jawapannya ya
Jika mencari cinta yang Esa
Bahagianya kekal untuk selamanya

APA ITU MAKSIAT?

Dari segi bahasa, dikatakan dalam Lisan al-Arab bahawa "maksiat" ialah perkataan berlawan bagi "ketaatan". Seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada Tuhannya andai tidak mematuhi perintah-Nya.

Dari segi istilah, kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala larangan-Nya atau meninggalkan apa yang diwajibkan dan difardukan dalam kitab-Nya dan sunah Rasul-Nya serta mengerjakan apa yang dilarang Allah dan Rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perbuatan atau perkataan yang zahir atau batin.

Oleh sebab itu, jauhilah maksiat kerana maksiat dan ketaatan ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur dalam satu bekas. Takkan terjadi maksiat dan ketaatana pada satu masa kerana saat manusia tenggelam dalam maksiat, imannya seakan akan tercabut daripadanya buat seketika.

Saturday, 26 March 2011

FINAL AKADEMI AL-QURAN 5

Mereka akan berentap pada malam ini. Siapa yang dapat 'meminima' kesalahan dalam persembahan . . . Dialah yang akan dinobatkan sebagai Juara AQ5. So To All Finalis "Man Jadda Wa Jadda".

UNTUKKU DAN KAUMKU

Beritahu pada MUSLIMAH itu
Dirinya ibarat kaca
Disentuh terguris
Dihantuk serpih
Dihempap berkecai


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Jaga tutur kata
Cakap tinggi nanti dibenci
Terlalu rendah dipijak pula
Cakap sombong mengundang lawan
Hati-hati meluah kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa.


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Jaga tingkah laku
Harga diri letaknya di situ
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu
Sesekali tersilap langkah
Akan dihukum selamanya
Keturunan dicerca payah
Menyesal kemudian bukan faedah


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Jaga pakaian
Ia cermin peribadi
Juga lambang bangsa
Di mana dan dalam keadaan apapun
Biar orang kenal, dia orang ISLAM


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Simpan secebis malu
Kerana malu itu
Sebahagian daripada iman...

CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH


WARKAH TERBUKA HAWA UNTUK ADAM

 
Wahai Adam...
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu
Aku berasal dari tulang rusukmu yang bengkok
Maka jangan hairan jika sepanjang hidupku ingin bimbingan darimu

Wahai Adam....
Bimbinglah aku
Tanpamu aku bisa tersesat
Sebagaimana dulu aku berada di syurga

Wahai Adam...
Pimpin aku
Agar aku tak terlepas dari landasan

Wahai Adam...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dlm urusann-Nya
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kerana kaummu akan bermusuhan memperebutkan ku

Wahai Adam...
Kau sebenarnya imam
Dan aku adalah makmummu
Aku adalah para pengikut dan kau adalah pemimpin
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, maka lalailah aku

Dari itu wahai Adam...
Pimpinlah tanganku
Kerana aku sering lupa dan lalai
Bimbinglah aku untuk menyelami kalimat-kalimat-Nya
Dan perdengarkanlah kalimat-kalimat syahdu dari Tuhanku
Agar ia mampu menjadi lentera dalam kehidupanku

BUSANA PATUH SYARIAH


Allah berfirman yang bermaksud : "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Surah Al-A'raf 7 : 26)

MENYEMAI UKHUWAH KERANA ALLAH

Sejenak jemari aku bercerita
Tentang detik waktu yang menghentak
Membuat kisah kita memancarkan warna-warni cinta
Kita menyatu dalam banyak sisi yang berbeza

Tahukah? 
Aku bahagia...
Kerana kita bersaudara dalam ukhuwah yang terjalin
Kerana Allah...

Dan kini...
Demi waktu yang kian berlalu cepat
Hadirkan nada-nada Ilahi yang memikat

Sungguh... Kuakui berat
Kala kata 'BERPISAH'
Tapi... Mana bisa menghindar
Sebab ia tercipta kerana adanya pertemuan

Laa Tahzan... Don't be sad... Jangan Bersedih...

Sebab...
Bukan kerana berpisah lantas kita menjauh kan?
Memang pasti akan terasa berbeza

Tapi...
Bukankah kita telah terbiasa dengan perbezaan?
Ku harap engkau tak pernah lupa
Walau hadir aku berkurang dalam sanubari hati mu

Selamat Berpisah dan Selamat Berjuang
Diri aku mohon maaf atas segala khilaf dan banyak macam kesalahan
Meskipun kita tidak bisa saling berbagi kembali
Tapi... Kita masih tetap bisa saling mendoakan

Kerana tiada ungkapan PERPISAHAN dalam sebuah UKHUWAH
Meskipun maut menjadi noktahnya
Sebuah ukhuwah itu sangat istimewa
Hidup dalam DOA
Biarpun tanpa ada bayangnya...

Semoga Allah meredhai derap langkah kaki kita dari setiap tarikan nafas yang kita hembuskan... AMIN

MADAH BUAT WANITA SOLEHAH

Dirimu bak kasturi yang mewangi
Harumannya bergentayangan di persada bakti
Menjadi kebanggaan para suami
Yang sanggup membela pengorbanan isteri.

Dalam erat ketaatanmu kepada Ilahi
Dalam rapat ikutanmu kepada Nabi
Kau sentiasa memakai jilbab menutupi diri
Supaya menjadi muslimah yang sejati.

Teladanilah peribadi Ummul Mukminin
Mereka memiliki khazanah watak menakjubkan
Pakailah mereka sebagai tudung ikutan
Yang menutupi aurat keluhuran.

Sedarilah wahai para srikandi
Dirimu telah dibela Nabi 
Indahkanlah dirimu dengan iman di hati
Pesonakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari.

Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
Sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
Yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
Kaulah sesungguhnya insan bernama WANITA SOLEHAH




Semoga langkah kami ini dapat dituntun oleh Ya Rabb menjadi wanita solehah penyeri taman syurga, melagu indah membentuk peribadi menyemai indah kasih buat suami dan tegar kental dalam pertahankan syahadah.

'SEARCHING' MARDHOTILLAH




Dosa-dosa lalu mungkin menjadi sejarah hidup, saat mahu dekat dengan Tuhan, seakan-akan dosa-dosa itu menghantui. Namun, yakinlah keampunan Allah itu amat luas, walau menggunung dosa hambaNya, dengan rahmat dan keampunanNya, Dia Maha Pengampun dengan syarat kita sedar dan berusaha tidak mengulangi.

Friday, 25 March 2011

LELAKI . . . DULU DAN KINI from SYABAB MUSAFIR KASIH


Dulu...
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini...
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka Yahudi

Dulu...
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
 
Kini...
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu...
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu'tasim kebanggaan wanita
 
Kini...
Ribuan wanita suci terpenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu...
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
 
Kini...
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu...
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
 
Kini...
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu...
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah
 
Kini...
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu...
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh
 
Kini...
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu...
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
 
Kini...
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku..
Kembalilah pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki yang dulu
Lelaki Acuan Madrasah Rasul

Thursday, 24 March 2011

INI LANGKAHKU by SHOUTUL HAROKAH

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun

Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang

Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang

Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

MUSLIMAH SEJATI



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) : Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning. (hingga akhir hadis)” (Riwayat al-Tabrani).

PILIHAN DI TANGAN KITA



Nasihat buat TEMAN...
Atas tautan ukhuwah dan atas dasar yang kukuh
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman
 
Wahai TEMAN... 
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia seringkali menjadi fitnah lelaki dan sememangnya itu bukan salahmu 
Tapi itulah hakikat kejadianmu
 
Wahai TEMAN... 
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki yang seringkali mengimpikan teman di sisi 
Dan tentulah teman yang diimpi seorang srikandi 
Tapi ketahuilah temanku 
Bercinta itu fitrah 
Tapi jangan kau cemari dengan fitnah 
Kalau kau mengasihinya 
Kasihlah dia kerana Pencipta fitrah 
Dan jika benar engkau mengasihinya keranaNYA 
Kau takkan bisa melunakkan soutulmu 
Kau takkan bisa melemparkan panahan menggoda kerna kau tahu itu bisa menggoyahkan iman seorang rijal 
Dan kau tahu dia punya sembilan akal dan satu nafsu
 
Wahai TEMAN...
Andai kau mencintainya 
Cintailah dia keranaNYA 
Letakkanlah DIA melebihi cintamu padanya 
Andai kau mengasihinya keranaNYA 
Kau takkan bisa mengajaknya bermukah di taman yang sepi 
Kerana kau tahu dia punya sembilan nafsu dan satu akal 
Tapi manakan mungkin satu akal menguasai sembilan nafsu
Andai kau mengasihinya keranaNYA
Kau takkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan2 kerana kau tahu itu sudah menghampiri zina dan kau tahu bukan?
Zina tempatnya di api neraka
Apakah kau benar mengasihinya andai kau relakan dia terjun ke nerakaNYA?

Sahabatku AN NISA'...
Sahabatku AR RIJAL...
Pesanan ikhlas buatmu Lilllahi Ta’ala
Kerana aku mengasihimu
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak bersalah
Tetapi letakkan cintamu padaNYA yang hakiki
Andai DIA yang engkau dahului engkau takkan gelisah andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tak didengar mahupun teknologi di depan mata
Engkau takkan rindu andai sehari tak bersua
Engkau takkan bersedih andai dia lupa mengatakan i love u
Kerana kau percaya DIA yang terbaik

Dengarilah sahabatku sayang...
ALLAH memujukmu
‘At-toyyibat littoyibin' (Surah An-Nur : 26)
Wanita baik itu dijadikan untuk lelaki baik dan sebaliknya

Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luhmahfuz untukmu
Cuma peribadinya ditentukan oleh ALLAH sejauh mana ketinggian peribadimu
Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai
InsyaALLAH si dia turut dijalan yang sama
Lupakan segala kegundahan
Teguhkan diri pada cinta hakiki
Nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki

SUBHANALLAH

DOSANYA DIAMPUNKAN

Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh sebab tiada timab untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. 

"Kemudian dia naik ke atasa dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya, "Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini". Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat semula ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga".


Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?" Baginda menjawab : "Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala". (Riwayat al-Bukhari)

MAKIN DEKAT KIAMAT, MAKIN JAUH DARIPADA ALLAH?

Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.

Kebanyakan kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata. Belajar, bekerja, berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi. Manusia makin lupa bahawa kita masih ada satu sisi lagi yang perlu disuap. Bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan. Malah spiritual yang lebih utama perlu disuap. Solat pula hanya pergerakan fizikal, hatinya mengembara entah ke mana. Apabila berpuasa, hanya perut yang berpuasa. Alhasil, ibadah hanya kekal ritual.

Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah sudah luput. Manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur, tidur dan bermimpi indah. Bukan lagi tidur awal, bangun qiamullail dan berjemaah Subuh semata-mata memenangi cinta Allah. Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam, mula tidur pada saat orang Mukmin sepatutnya bangun bertahajud, dan membiarkan waktu Subuh berlalu begitu sahaja. Berapa ramai orang yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu. Kitakah itu?

Sungguh, hati kita kering daripada cinta. Cinta kepada-Nya. Apakah apabila makin dekat dengan kiamat, makin jauh manusia daripada Allah? Na'uzubillah! Moga Allah kurniakan kita cinta kepada-Nya.

Wednesday, 23 March 2011

DOA QALBU

Di malam penuh bintang
Di atas sajadah yang kubentang
Sedu sedan sendiri
Mengaduh pada Yang Maha Kuasa
Betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
Urat nadi pun tahu aku hampa

Di malam penuh bintang
Di bawah sinar bulan purnama
Kupasrahkan semua
Keluh kesah yang aku rasa
Sesak dadaku
Menangis pilu
Saat ku urai dosa-dosaku..
Di hadapan-MU ku tiada ertinya

Doa qalbu tak bisa aku bendung

Deras bak hujan di gunung sahara
Hatiku yang gersang 
Terasa oleh tenteram

Hanya Engkau yang tahu siapa aku

Tetapkanlah seperti malam ini
Sucikan diriku selama-lamanya 

DOA QALBUKU . . . 

*Menginsafkan diri ini (*-*)

PERINGATAN RASULULLAH YANG KIAN LUNTUR


Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

HATI TENANG DENGAN ZIKRULLAH

" Orang-orang beriman itu hati mereka tenteram dengan ingat (zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat (zikir) kepada Allah, maka hati tenteram". (Ar-Rad : 28) 

 Tahukah Kalian? 
  • Hati itu tidak pernah stabil dan selalu gelora. Bahkan, geloranya melebihi gelora air ketika mendidih. Sabda Rasulullah s.a.w..
  • Hati perlu distabilkan, agar terjaga suhunya dan tidak mudah rosak. Bagaimana cara menstabilkan hati?
  • Zikir adalah jawapannya. (Ar-Rad : 28). Sebaiknya orang Muslim berzikir dengan zikir-zikir yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w., yang dalam ilmu hadis diistilahkan dengan a'tsar, kerana lebih terjamin.

Tuesday, 22 March 2011

RENUNGAN BUAT MUJAHIDAH - peringatan diri sendiri khususnya

Sepucuk warkah indah dititipkan buat mujahidah-mujahidah di luar sana. Juga ana di sini.“ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH" Seuntai kata dari warkah itu mulai di baca. “WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH” Jawab gadis-gadis anggun berjilbab itu lagi. “Ukhti… Yang dinantikan syurga. Satu persatu murobbiyah mulai mengalirkan kata-kata dari warkah yang dibacanya. Ukhti... Labuhnya tudung dan jilbabmu tidak menjamin sama dengan besarnya semangat jihadmu menuju redha tuhanmu, mungkinkah labuhnya tudungmu hanya sebagai fesyen atau gaya zaman sekarang, atau mungkin tudung labuhmu hanya dijadikan alat perangkap busuk supaya berjaya mendapatkan ikhwan yang diidamkan bahkan mungkin tudung labuhmu hanya akan dijadikan sebagai identitimu saja, supaya bisa mendapat gelaran akhawat dan dikagumi oleh ramai ikhwan. Ukhti… Tertutupnya tubuhmu tidak menjamin mampu menutupi aib saudaramu, keluargamu bahkan diri antum sendiri, cubalah perhatikan sekejap saja, apakah aib saudaramu, temanmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutup, bukankah kebiasaan buruk seorang perempuan selalu terulang dengan tanpa disedari melalui kata-kata umpatan yang sudah membekas semua aib keluargamu, aib saudaramu, bahkan aib temanmu melalui lisan manismu. Ukhti… Lembutnya suaramu mungkin selembut sutera bahkan lebih daripada itu, tapi adakah kelembutan suara antum sama dengan lembutnya kasihmu pada saudaramu, pada anak-anak jalanan, pada fakir miskin dan pada semua orang yang menginginkan kelembutan dan kasih sayangmu. Ukhti… lembutnya parasmu tak menjamin selembut hatimu, adakah hatimu selembut salju yang mudah meleleh dan mudah terketuk ketika melihat segerombolan anak-anak Palestin terlihat gigih berjuang dengan berani menaruhkan jiwa dan raga bahkan nyawa sekalipun sehingga titisan darah terakhir, adakah selembut itu hatimu atau sebaliknya hatimu sekeras batu yang gah dan tidak terkesan melihat ketertindasan orang lain. Ukhti… Rajinnya tilawahmu tak menjamin serajin dengan solat malammu, mungkinkah malam-malammu dilewati dengan rasa rindu menuju Tuhanmu dengan bangun di tengah malam dan ditemani dengan butiran-butiran air mata yang jatuh ke tempat sujudmu serta lantunan tilawah yang tak henti-hentinya beralun membuat syaitan terbirit-birit lari ketakutan, atau sebaliknya, malammu selalu diselimuti dengan tebalnya selimut syaitan dan dilayan dengan bobokan mimpi-mimpi khayalmu bahkan lupa bila bangun solat subuh. Ukhti… Cerdasnya dirimu tak menjamin mampu mencerdaskan sesama saudaramu dan keluargamu, mungkinkah temanmu boleh ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya seperti yang antum dapatkan, atau antum tidak peduli sama sekali akan kecerdasan temanmu, saudaramu bahkan keluargamu, sehingga membiarkannya begitu saja sampai mereka jatuh ke dalam lubang yang sangat mengerikan iaitu maksiat. Ukhti… Cantiknya wajahmu tidak menjamin kecantikan hatimu terhadap saudaramu, temanmu bahkan diri antum sendiri, pernahkah antum menyedari bahawa kecantikan yang antum miliki hanya titipan ketika muda, apakah saat usia tujuh puluh tahun nanti antum masih terlihat cantik, jangan-jangan kecantikanmu hanya dijadikan perangkap jahat supaya bisa menakhluki hati ikhwan dengan senyuman-senyuman busukmu. Ukhti… Tundukan pandanganmu yang jatuh ke bumi tidak menjamin sama dengan tunduknya semangatmu untuk berjihad menundukkan musuh-musuhmu, terlalu banyak musuh yang akan antum hadapi mulai dari musuh-musuh Islam tercinta hinggalah musuh hawa nafsu peribadimu yang selalu haus dan lapar terhadap perbuatan jahatmu. Ukhti… Tajamnya tatapanmu yang menusuk hati, menggoda jiwa tidak menjamin sama dengan tajamnya kepekaan dirimu terhadap warga sesamamu yang tertindas di Palestin mahupun Iraq, pernahkah antum menangis ketika mujahid dan mujahidah kecil tertembak mati, atau dengan selambanya membiarkan begitu saja, pernahkah antum merasakan bagaimana rasanya berjihad yang di lakukan oleh para mujahidah-mujahidah teladan. Ukhti… Lirikan matamu yang menggetarkan jiwa tidak menjamin dapat menggetarkan hati saudaramu yang suka dan tega bermaksiat, cuba antum perhatikan dunia sekelilingmu masih ramai teman, saudara bahkan keluarga antum sendiri belum merasakan manisnya islam dan iman. Mereka belum merasakan apa yang antum rasakan, boleh jadi salah seorang daripada keluargamu masih gemar bermaksiat, berpakaian seksi dan tidak mengikut syariat juga berperilaku binatang yang tidak keruan, sanggupkah antum menggetarkan hati-hati mereka supaya mereka mampu sama-sama merasakan apa yang kamu rasakan iaitu betapa indah dan lazatnya hidup dalam kemuliaan Islam. Ukhti… Tebalnya tudung dan jilbabmu tidak menjamin setebal imanmu pada sang Khaliqmu, antum adalah salah satu sasaran syaitan durjana yang selalu mengintai dari semua penjuru mulai dari depan, belakang, atas mahupun bawah semua syaitan mengintaimu, imanmu dalam bahaya, hatimu dalam ancaman, tidak lama lagi imanmu akan terumbang ambing oleh ombak tipu daya syaitan jika imanmu tidak betul-betul di jaga olehmu, banyak cara yang harus antum lakukan mulai dari diri sendiri, dari yang paling kecil dan seharusnya dilakukan sejak dari sekarang,bila lagi antum harus cuba. Ukhti… Putihnya kulitmu tidak menjamin seputih hatimu terhadap saudaramu, temanmu bahkan keluargamu sendiri, masihkah hatimu terpelihara dari berbagai penyakit yang merugikan seperti riak dan sombong, pernahkah antum membanggakan diri ketika kejayaan dakwah telah diraih dan merasa diri paling gah, merasa diri paling aktif, bahkan merasa diri paling cerdas di antara rata-rata akhawat yang lain, sesombong itukah hatimu? Lalu di manakah beningnya hatimu, dan putihnya cintamu pada Yang Esa? Ukhti… Rajinnya belajarmu tidak menjamin serajin infaqmu ke masjid atau musolla, sedarkah antum bahawa kotak-kotak derma dan sedekah di masjid masih terlihat kosong dan mengkhuatirkan, tidakkah antum memikirkan infaq sedikit saja, bahkan kalaupun infaq, kenapa wang yang paling kecil dan paling lusuh yang antum masukkan, mahukah antum di beri rezeki seperti itu? Ukhti… Rutinnya halaqahmu tidak menjamin serutin puasa sunat Isnin Khamis yang antum laksanakan , kejujuran hati tidak mampu di bohongi, tika semangat fizikal begitu bergelora untuk di laksanakan tapi, semangat rohani tanpa disedari turun drastik, puasa yaumul bith pun kadang kala dilupakan, apalagi puasa Isnin Khamis yang di rasakan terlalu rutin dalam seminggu, separah itukah hati antum, makanan fizikal yang antum fikirkan dan ternyata ruhiyah pun memerlukan stok makanan, kita tidak pernah memikirkan bagaimana akibatnya kalau ruhiyah kurang gizi seimbang. Ukhti… Manisnya senyummu tak menjamin semanis rasa kasihmu terhadap sesamamu, kadang kala sikap mu terlalu banyak mengecewakan orang sepanjang jalan yang antum lewati, sikap ramahmu pada orang yang antum temui sangat jarang terlihat, bahkan selalu dan selalu terlihat sombong dan menyebalkan, kalau itu kenyataannya bagaimana orang lain akan simpati terhadap komuniti dakwah yang memerlukan banyak sokongan dan kadernya. Ingat!!! Dakwah tidak memerlukan antum tapi… Antumlah yang memerlukan dakwah, kita semua memerlukan dakwah. Ukhti… Rajinnya solat malammu tidak menjamin keistiqamah Rasulullah sebagai idolamu. Ukhti… Ramahnya sikapmu tidak menjamin seramah sikapmu terhadap sang khalikmu, masihkah antum senang bermanja-manjaan dengan tuhanmu dengan solat dhuhamu, solat malammu? Ukhti… Dirimu bagaikan kuntuman bunga yang mulai mekar dan mewangi, mahukah nama harummu di sia-siakan begitu saja atau bersediakah antum ketika sang mujahid akan segera menghampirimu. Ukhti… Masih ingatkah antum terhadap pepatah yang masih terngiang-ngiang sampai saat ini bahawa akhawat yang baik hanya untuk ikhwan yang baik, jadi siap-siaplah sang syuhada akan menjemputmu di pelaminan hijaumu. Ukhti… Baik buruk parasmu bukanlah satu-satunya jaminan arah tuju kejayaan masuknya kedalam syurga rabbmu.maka, usah berbangga diri dengan parasmu yang molek, tapi berbanggalah ketika iman dan taqwamu sudah betul-betul terasa dan terbukti dalam hidup sehari-harimu. Ukhti… Muhasabah yang antum lakukan masihkah terlihat rutin dengan menghitung-hitung kejelekan dan kebusukan kelakuan antum yang di lakukan siang hari, atau bahkan kata muhasabah itu sudah tidak terlintas lagi dalam hatimu, sungguh lupa dan sirna tidak ingat sedikit pun apa yang harus di lakukan sebelum tidur, antum tidur dengan dengkuran begitu saja dan tidak pernah kenal apa itu muhasabah sampai bila akhlak busuk mu di lupakan, kenapa muhasabah tidak di jadikan sebagai saat untuk memperbaiki diri? Bukankah akhawat yang hanya akan mendapatkan ikhwah yang baik? Ukhti… Pernahkah antum bercita-cita ingin mendapatkan suami ikhwan yang ideal, wajah yang tampan lagi manis, badan yang sasa, dengan langkah tegap dan pasti, bukankah apa yang antum fikirkan sama dengan yang ikhwan fikirkan iaitu ingin mencari isteri yang solehah dan seorang mujahidah, kenapa tidak dari sekarang antum mempersiapkan diri menjadi seorang mujahidah yang solehah. Ukhti… Apakah kebiasaan buruk wanita lain masih ada dan hinggap pada diri antum, seperti bersikap pemalas dan tak punya tujuan atau asyiknya menonton TV yang tidak keruan dan hanya kan mengeraskan hati sampai lupa waktu, lupa membantu orang tua, bilakah antum akan menjadi anak yang birruwaalidain, kalau memang itu sikap antum. Sampai bila? Bila antum akan mendapat gelaran mujahidah atau akhawat solehah? Ukhti… Apakah pandanganmu sudah terpelihara, atau pura-pura tunduk ketika melihat seorang ikhwan dan terlepas dari itu matamu kembali liar layaknya mata harimau mencari mangsa, atau tunduknya pandangannmu hanya menjadi alasan belaka kerana merasa bertudung labuh la. Ukhti… Hatimu di jendela dunia, dirimu menjadi pusat perhatian semua orang, sanggupkah antum menjaga izzah yang antum milikinya? Atau sebaliknya antum bersikap acuh tak acuh terhadap penilaian orang lain dan hal itu menjadi penyebab rosaknya diri dan akhlak akhawat yang lain, kadang-kadang orang lain akan membuat persepsi bahawa akhawat yang rosak akhlaknya sama sahaja dengan akhawat yang lain, jadi jika antum sendiri membuat kebaculan akhlak maka pasti ia memberi impak pada diri akhawat yang lain juga. Ukhti… irimu menjadi dambaan semua orang, kerana yakinlah pengemis sekalipun, bahkan perompak sekalipun tidak menginginkan isteri yang akhlaknya buruk tapi semua orang menginginkan isteri yang solehah, siapkah kita sekarang menjadi isteri solehah yang menjadi dambaan pemuda-pemuda mulia? Selesai membaca, tak terasa murobbiyah dan mutarobbiyah pun mengeluarkan butiran-butiran halus dari matanya, mereka menangis, meratapi dan muhasabah bersama dalam liqo’atnya...

CINTA MEMBAWA KE SYURGA

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasululullah s.a.w. tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula, "Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"

Orang Badwi itu menjawab, "Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu".

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah s.a.w. terus bersabda yang bermaksud: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak". (Muttafaq 'alaih)

Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat-kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu ke syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka.

Itulah peri agung dan pentingnya cinta. InshaAllah, orang Badwi yang mencintai Rasulullah s.a.w. itu akan bersama Rasulullah s.a.w. di syurga. Ya, kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia dan di akhirat nanti. Itu kepastian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah. Firman-Nya yang bermaksud : "Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku". (Surah Al-Imran 3 : 31)

TIPS BUAT HAWA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

"Muslimah solehah menggegar dunia dengan kekuatan iman dan ilmu, bukan dengan keayuan senyuman dan kelembutan bicara".

DARI SAHABAT BUAT SAHABAT



Setiap kali ada permulaan pasti ada akhirnya...
Setiap kali ada awal pasti ada hujungnya...
Begitu juga…
Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti...
Setiap kali ada minggu pasti ada yang menunggu...
Setiap kali ada bulan pasti ada yang akan berdepan...
Setiap kali ada tahun pasti ada yang berpohon...
Yang pasti itu...
Adalah janji ILAHI yang tidak siapa ketahui isinya...

Hari ini kita bertemu…
Hari esok belum pasti...
Hari ini kita bersatu...
Hari esok TUHAN yang tahu...
Selamat jalan sahabat…
*Khusus buat kalian yang bergelar sahabatku*
  • Tadika
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Institut Pengajian Tinggi
  • Yang dikenali secara tidak langsung

PENGEMBARAAN SEORANG INSAN BERGELAR PELATIH DI LATIHAN INDUSTRI


Seminggu berlalu . . .

Latihan industri merupakan sebuah lapangan yang terbaik bagi pelajar untuk merasai dan melalui serba sedikit pengalaman ketika berada di alam pekerjaan. Pelajar yang menjalani latihan industri boleh menggunakan peluang yang ada untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari semasa kuliah atau tutorial bersama pensyarah masing-masing.

Kita perlu akur bahawa tidak setiap bidang yang dipelajari merupakan pekerjaan semasa berada di alam pekerjaan kelak. Maka, latihan industri juga perlu dimanfaat bagi para pelajar bukan sahaja untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari tetapi ruang yang ada juga perlu digunakan untuk menjadikan diri lebih bersifat dinamik pada masa hadapan. Hal ini kerana banyak pelajar yang menganggur adalah disebabkan oleh sifat yang tidak dinamik dan hanya menumpukan kursus yang disertai semasa pengajian.

Tidak semua perkara boleh dipelajari semasa berada di bilik kuliah. atau tutorial Bagi membina modal insan yang dinamik di dalam para pelatih, latihan industri wajar dijadikan ruang pembelajaran secara tidak formal oleh para pelatih untuk mendalami dunia pekerjaan yang bercirikan kepelbagaian.

Amalan kerja yang baik yang telah diterapkan semasa latihan industri harus terus diamalkan. Contoh amalan kerja yang baik ialah kerja secara berpasukan, profesional dan berperancangan. Sikap seperti ini amat dikehendaki bagi menjayakan sesuatu perkara di samping memperkemaskan para pelajar untuk melaksana projek di akhir pengajian di institusi.

Laporan latihan industri yang disediakan oleh para pelajar sendiri tidak terhad sebagai pemantaun kepada para pelajar bahkan menjadi rekod yang boleh dijadikan rujukan pada masa-masa memerlukan. Latihan selama empat bulan adalah tempoh yang boleh memacu minda para pelajar agar mampu bertransformasi untuk memenuhi keperluan industri Malaysia. Kegagalan untuk memahami objektif utama pelaksanaan latihan industri akan membantutkan perkembangan diri para pelajar bagi menjadi sumber manusia yang bermanfaat kepada negara dan pasaran global. 

"Terima kasih warga kerja Agrobank. Ukhuwah fillah abadan abada".


Monday, 21 March 2011

M.A.L.U

Tidak MALUkah diri ini...
Kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintah-Nya ditinggalkan.
Tidak MALUkah diri ini...
Selalu curi tulang semasa bekerja di pejabat tadi?
Tidak MALUkah aku, masih tidak dapat mengawal pandangan mata di jalan?
Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain, mungkin manusia payah memaafkan. Jika kita berhajat kepada-Nya, pasti ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita. Namun Allah s.w.t. masih Maha Penyayang. Allah s.w.t. masih terus memberi rezeki, memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita. Alangkah MALUnya!
Kita patut MALU kepada Rasulullah s.a.w. yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. Namun sunnah-sunnah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti. Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti. Sekali lagi... Alangkah MALUnya!

Sabda Nabi s.a.w. : "Apabila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu".