Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) : Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning. (hingga akhir hadis)” (Riwayat al-Tabrani).
Engkaulah hiasan dunia seringkali menjadi fitnah lelaki dan sememangnya itu bukan salahmu
Tapi itulah hakikat kejadianmu
Wahai TEMAN...
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki yang seringkali mengimpikan teman di sisi
Dan tentulah teman yang diimpi seorang srikandi
Tapi ketahuilah temanku
Bercinta itu fitrah
Tapi jangan kau cemari dengan fitnah
Kalau kau mengasihinya
Kasihlah dia kerana Pencipta fitrah
Dan jika benar engkau mengasihinya keranaNYA
Kau takkan bisa melunakkan soutulmu
Kau takkan bisa melemparkan panahan menggoda kerna kau tahu itu bisa menggoyahkan iman seorang rijal
Dan kau tahu dia punya sembilan akal dan satu nafsu
Wahai TEMAN...
Andai kau mencintainya
Cintailah dia keranaNYA
Letakkanlah DIA melebihi cintamu padanya
Andai kau mengasihinya keranaNYA
Kau takkan bisa mengajaknya bermukah di taman yang sepi
Kerana kau tahu dia punya sembilan nafsu dan satu akal
Tapi manakan mungkin satu akal menguasai sembilan nafsu
Andai kau mengasihinya keranaNYA
Kau takkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan2 kerana kau tahu itu sudah menghampiri zina dan kau tahu bukan?
Zina tempatnya di api neraka
Apakah kau benar mengasihinya andai kau relakan dia terjun ke nerakaNYA?
Sahabatku AN NISA'...
Sahabatku AR RIJAL...
Pesanan ikhlas buatmu Lilllahi Ta’ala
Kerana aku mengasihimu
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak bersalah
Tetapi letakkan cintamu padaNYA yang hakiki
Andai DIA yang engkau dahului engkau takkan gelisah andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tak didengar mahupun teknologi di depan mata
Engkau takkan rindu andai sehari tak bersua
Engkau takkan bersedih andai dia lupa mengatakan i love u
Kerana kau percaya DIA yang terbaik
Dengarilah sahabatku sayang...
ALLAH memujukmu
‘At-toyyibat littoyibin' (Surah An-Nur : 26)
Wanita baik itu dijadikan untuk lelaki baik dan sebaliknya
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luhmahfuz untukmu
Cuma peribadinya ditentukan oleh ALLAH sejauh mana ketinggian peribadimu
Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai
InsyaALLAH si dia turut dijalan yang sama
Lupakan segala kegundahan
Teguhkan diri pada cinta hakiki
Nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki
Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh sebab tiada timab untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas.
"Kemudian dia naik ke atasa dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya, "Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini". Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat semula ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga".
Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?" Baginda menjawab : "Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala". (Riwayat al-Bukhari)
Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.
Kebanyakan kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata. Belajar, bekerja, berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi. Manusia makin lupa bahawa kita masih ada satu sisi lagi yang perlu disuap. Bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan. Malah spiritual yang lebih utama perlu disuap. Solat pula hanya pergerakan fizikal, hatinya mengembara entah ke mana. Apabila berpuasa, hanya perut yang berpuasa. Alhasil, ibadah hanya kekal ritual.
Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah sudah luput. Manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur, tidur dan bermimpi indah. Bukan lagi tidur awal, bangun qiamullail dan berjemaah Subuh semata-mata memenangi cinta Allah. Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam, mula tidur pada saat orang Mukmin sepatutnya bangun bertahajud, dan membiarkan waktu Subuh berlalu begitu sahaja. Berapa ramai orang yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu. Kitakah itu?
Sungguh, hati kita kering daripada cinta. Cinta kepada-Nya. Apakah apabila makin dekat dengan kiamat, makin jauh manusia daripada Allah? Na'uzubillah! Moga Allah kurniakan kita cinta kepada-Nya.
"Dakwah itu tidak hanya wajib ke atas orang-orang yang belajar ilmu agama bahkan semua orang dan bukan hanya boleh disampaikan dengan kata-kata. Ada pelbagai bentuk dakwah. Tanpa sepatah kata juga seseorang itu boleh berdakwah".
Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya. "Sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daie dengan pasti,"Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)".
DIRIKU
Ukhti Anahraf
Bumi, Allah, Malaysia
~Mencari Mardhotillah~
"Pena ini terus bertinta
Menanti ilham menukil kata
Hatiku ini tetap milik-Nya
Dari azali hingga akhir nyawa"
"Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan. Kasih sayang ada di mana-mana untuk semua dan untuk sesiapa je yang mencari"
"Betapa indahnya nikmat Ilahi Memohon doa kepada Tuhan Rasul junjungan diteladani Dunia akhirat kita imbangi"
"Berhati-hatilah dengan dunia kerana halalnya dihisab, haramnya diazab"
"Hidup ini indah... Jika anda sanggup mencintai, anda harus sanggup dan bersedia untuk kehilangan. Kehilangan cinta manusia bukanlah pengakhiran dunia, namun kehilangan cinta dari-Nya membuat anda sengsara sepanjang usia"
"Wanita ibarat bunga... Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yang mulia akhlaknya. Tiada guna berwajah cantik tetapi buruk akhlaknya. Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu"
"Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap"
"Usia umpama harta... Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian".