BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 5 April 2011

DALAM PENCARIAN...BERWASPADALAH WAHAI MUSLIMAH SEKALIAN


 
Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa diusulkan bonda tersayang

Bukan sembarangan calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata TIP TOP la!

Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu-minggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si lelaki menjenguk ke web
Laman Facebook kegemaran ramai
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punyak web sedemikian
Tiba-tiba tersentap
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan 
Hanya kerana gambar ditayang
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu 
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan

Wahai MUSLIMAH
Ana dan enti
Mari mempelajari, mencontohi 
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan pejuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh

TAKUT DAN TAAT KEPADA ALLAH



 
Kepada Allah takut dan taat
Segala perintah dipatuhi dibuat
Berserah bertawakal setiap saat
Usah diikut jalan yang sesat

Al-Quran dan hadis jadikan sahabat
Iman dan taqwa jadikan ubat
Berpegang pada hukum syariat
Berteras pada tauhid makrifat

Contohi akhlak Nabi Muhammad 
Perkukuhkan ukhuwah sesama umat
Ilmu dan amal sentiasa ditingkat
Berbakti berjasa kepada masyarakat

Jangan sesekali berbuat jahat
Hindari segala dosa maksiat
Jika terlanjur segera bertaubat
Sementara sempat sebelum terlambat

Ilmu dan iman seiringkan erat
Jaminan bahagia dunia akhirat
Kepada Allah berdoa bermunajat
Yakin pasrah tercapai hajat


KEINDAHAN MENAHAN PANDANGAN MATA

  • Memerdekakan hati daripada kelalaian
  • Menajamkan akal
  • "Menyimbah" api neraka jahanam
  • Menguatkan hati dan menyalakan keberanian
  • Kepuasan menahan nafsu
  • Mudah menerima ilmu
  • Menguatkan firasat yang benar
  • Bebas daripada penyesalan 
Kurniaan Allah itu pada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya... MATA kita bukanlah pengadil terbaik menilai peribadi seseorang... MATA kita bukanlah juri terbaik menilai sikap seseorang... MATA kita bukanlah hakim terbaik menilai pengorbanan seseorang... Allah berhak memilih sesiapa sahaja menjadi makhluk kesayangan-Nya...

ILMU VERSUS HARTA


  • Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.
  • Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan akan makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah.
  • Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya.
  • Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang yang beriman.
  • Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.
  • Manusia sentiasa memerlukan alim ulama yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat.
  • Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.

    SEKADAR CINTA DALAM DIAM <----- SALAM MUJAHADAH

    "Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam..."
    Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya.
    Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan hubungan yang tidak diredhai Allah SWT.
    Kau tidak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

    Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.
    Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu. 
    Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya. 
    Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu.

    Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? 
    Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan.  
    Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.

    ............. 
    Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan.
    Kekuatan harapan.
    Hingga mungkin saja Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.
    Bukankah Allah SWT tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya?

    Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

    Jika dia memang bukan milikmu, roh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.

    Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dalam sudut hatimu.
    Menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu.

    "Aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yang tidak kan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun... aku dibuat tidak berdaya oleh rasa ini, DIAM.. menjadi caraku untuk mencintaimu..."


    Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
    kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH