BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 27 March 2011

APA ITU MAKSIAT?

Dari segi bahasa, dikatakan dalam Lisan al-Arab bahawa "maksiat" ialah perkataan berlawan bagi "ketaatan". Seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada Tuhannya andai tidak mematuhi perintah-Nya.

Dari segi istilah, kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala larangan-Nya atau meninggalkan apa yang diwajibkan dan difardukan dalam kitab-Nya dan sunah Rasul-Nya serta mengerjakan apa yang dilarang Allah dan Rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perbuatan atau perkataan yang zahir atau batin.

Oleh sebab itu, jauhilah maksiat kerana maksiat dan ketaatan ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur dalam satu bekas. Takkan terjadi maksiat dan ketaatana pada satu masa kerana saat manusia tenggelam dalam maksiat, imannya seakan akan tercabut daripadanya buat seketika.

Saturday, 26 March 2011

FINAL AKADEMI AL-QURAN 5

Mereka akan berentap pada malam ini. Siapa yang dapat 'meminima' kesalahan dalam persembahan . . . Dialah yang akan dinobatkan sebagai Juara AQ5. So To All Finalis "Man Jadda Wa Jadda".

UNTUKKU DAN KAUMKU

Beritahu pada MUSLIMAH itu
Dirinya ibarat kaca
Disentuh terguris
Dihantuk serpih
Dihempap berkecai


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Jaga tutur kata
Cakap tinggi nanti dibenci
Terlalu rendah dipijak pula
Cakap sombong mengundang lawan
Hati-hati meluah kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa.


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Jaga tingkah laku
Harga diri letaknya di situ
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu
Sesekali tersilap langkah
Akan dihukum selamanya
Keturunan dicerca payah
Menyesal kemudian bukan faedah


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Jaga pakaian
Ia cermin peribadi
Juga lambang bangsa
Di mana dan dalam keadaan apapun
Biar orang kenal, dia orang ISLAM


Beritahu pada MUSLIMAH itu
Simpan secebis malu
Kerana malu itu
Sebahagian daripada iman...

CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH


WARKAH TERBUKA HAWA UNTUK ADAM

 
Wahai Adam...
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu
Aku berasal dari tulang rusukmu yang bengkok
Maka jangan hairan jika sepanjang hidupku ingin bimbingan darimu

Wahai Adam....
Bimbinglah aku
Tanpamu aku bisa tersesat
Sebagaimana dulu aku berada di syurga

Wahai Adam...
Pimpin aku
Agar aku tak terlepas dari landasan

Wahai Adam...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dlm urusann-Nya
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kerana kaummu akan bermusuhan memperebutkan ku

Wahai Adam...
Kau sebenarnya imam
Dan aku adalah makmummu
Aku adalah para pengikut dan kau adalah pemimpin
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, maka lalailah aku

Dari itu wahai Adam...
Pimpinlah tanganku
Kerana aku sering lupa dan lalai
Bimbinglah aku untuk menyelami kalimat-kalimat-Nya
Dan perdengarkanlah kalimat-kalimat syahdu dari Tuhanku
Agar ia mampu menjadi lentera dalam kehidupanku

BUSANA PATUH SYARIAH


Allah berfirman yang bermaksud : "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Surah Al-A'raf 7 : 26)

MENYEMAI UKHUWAH KERANA ALLAH

Sejenak jemari aku bercerita
Tentang detik waktu yang menghentak
Membuat kisah kita memancarkan warna-warni cinta
Kita menyatu dalam banyak sisi yang berbeza

Tahukah? 
Aku bahagia...
Kerana kita bersaudara dalam ukhuwah yang terjalin
Kerana Allah...

Dan kini...
Demi waktu yang kian berlalu cepat
Hadirkan nada-nada Ilahi yang memikat

Sungguh... Kuakui berat
Kala kata 'BERPISAH'
Tapi... Mana bisa menghindar
Sebab ia tercipta kerana adanya pertemuan

Laa Tahzan... Don't be sad... Jangan Bersedih...

Sebab...
Bukan kerana berpisah lantas kita menjauh kan?
Memang pasti akan terasa berbeza

Tapi...
Bukankah kita telah terbiasa dengan perbezaan?
Ku harap engkau tak pernah lupa
Walau hadir aku berkurang dalam sanubari hati mu

Selamat Berpisah dan Selamat Berjuang
Diri aku mohon maaf atas segala khilaf dan banyak macam kesalahan
Meskipun kita tidak bisa saling berbagi kembali
Tapi... Kita masih tetap bisa saling mendoakan

Kerana tiada ungkapan PERPISAHAN dalam sebuah UKHUWAH
Meskipun maut menjadi noktahnya
Sebuah ukhuwah itu sangat istimewa
Hidup dalam DOA
Biarpun tanpa ada bayangnya...

Semoga Allah meredhai derap langkah kaki kita dari setiap tarikan nafas yang kita hembuskan... AMIN

MADAH BUAT WANITA SOLEHAH

Dirimu bak kasturi yang mewangi
Harumannya bergentayangan di persada bakti
Menjadi kebanggaan para suami
Yang sanggup membela pengorbanan isteri.

Dalam erat ketaatanmu kepada Ilahi
Dalam rapat ikutanmu kepada Nabi
Kau sentiasa memakai jilbab menutupi diri
Supaya menjadi muslimah yang sejati.

Teladanilah peribadi Ummul Mukminin
Mereka memiliki khazanah watak menakjubkan
Pakailah mereka sebagai tudung ikutan
Yang menutupi aurat keluhuran.

Sedarilah wahai para srikandi
Dirimu telah dibela Nabi 
Indahkanlah dirimu dengan iman di hati
Pesonakanlah dirimu dengan taqwa di sanubari.

Dunia ini umpama lautan perhiasan yang indah
Sepesona perhiasan adalah permata wanita solehah
Yang telah terpateri jiwa ilmu dan mahabbah
Kaulah sesungguhnya insan bernama WANITA SOLEHAH




Semoga langkah kami ini dapat dituntun oleh Ya Rabb menjadi wanita solehah penyeri taman syurga, melagu indah membentuk peribadi menyemai indah kasih buat suami dan tegar kental dalam pertahankan syahadah.