Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bernyawa sehingga umur sekarang. Doakan ana sentiasa teguh di jalan-Nya ye teman-teman . . . (^^,)
Kata-kata yang diolah sedikit daripada sahabat perjuangan. Syukran Ukhti.
Mampukah ana menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ana didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mata,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Sanggupkah ana menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Kita pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!
ALHAMDULILLAH segala puji bagiNya yang masih memberi masa untuk ana bertaubat dan menambah amalan sebelum tiba satu saat semua mata memandang.
TERIMA KASIH kepada ibu ana yang sudi menjaga dan mendidik ana selama 9 bulan di alam rahim dan 21 tahun di alam musyahadah.
JAZAKUMULLAH kepada semua yang pernah bergelar guru ana yang banyak mentalqinkan hati ana dan menyirami ruh ana dengan nuur yang tidak akan luput.
Kenalan-kenalan yang kenal secara langsung mahupun tidak langsung... Terima kasih ana ucapkan di atas ucapan-ucapan berserta doa yang telah kalian berikan. Semangat datang secara tiba-tiba. Moga ana terus istiqomah di jalan-Nya. Maafkan segala kekhilafan yang telah dilakukan ye.