BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 18 April 2011

ALLAH CINTAKAN ORANG MUDA BERTAUBAT


Allah berfirman bermaksud :
"Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik". (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Daripada ayat di atas, kita memperoleh penjelasan bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan.

Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja. Ini kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang berperilaku jahat dan berakhlak buruk.

Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala daripada Allah.

Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud) : "Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu :
  • Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
  • Aku cintakan orang yang rendah hati / diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
  • Aku cintakan orang yang bertaubat tetapi Aku cinta lagi ORANG MUDA YANG BERTAUBAT".

LELAKI IDAMAN WANITA SOLEHAH - SUBHANALLAH

Lelaki idaman . . .
Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang BUTA, BISU, BAKHIL, dan PAPA.

Biarlah dia seorang yang BUTA
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memenadang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia, dan seumpamanya

Biarlah dia seorang BISU
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yang BAKHIL
Bakhil, bakhil dalam memberi senyuman 
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kepada seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA
Papa, papa dalam melabuhkan perkara maksiat 
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya . . .

MASIH ADAKAH LELAKI IDAMAN ITU?



Saturday, 16 April 2011

PINTU TAUBAT TERBUKA LUAS


Wahai MATA yang pernah melihat maksiat...
Menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat.

Bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat...
Sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.

Wahai JIWA yang hitam dan berkarat...
Perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat.

Wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan...
Kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat. Biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana. Kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di akhirat.

Thursday, 14 April 2011

LALAI DALAM KEHIDUPAN


DUNIA hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk AKHIRAT.

BORING! BOSAN!

Ada suara yang mengungkapkan : "Boring la hidup ini!" Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamatnya. Jiwa itulah juga yang nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata. 

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surah al-Dhariyat 51 : 56)

Allah juga berfirman yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah 2 : 30)

Dua misi inilah yang membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.

TIPS MENUTUP AURAT-PERINGATAN BERSAMA

Menutup aurat adalah perintah daripada Allah s.w.t.. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah diesrtakan bebrapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

1. Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2. Sedar bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5. Asingkan pakaian kepada dua kriteria : sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6. Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh syariah.

8. Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

 Nak jadi wanita yang DIREDHAI Allah kenalah pakai pakaian yang DIREDHAI Allah... Allah mengasihi orang-orang yang berusaha membaiki diri.

Wednesday, 13 April 2011

CERMIN KEPADA DIRI ADALAH S.A.H.A.B.A.T

Maksudnya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya." (Riwayat Abu Daud)

Sabda Baginda Rasulullah SAW lagi dalam hadis yang lain :
Maksudnya : "Perumpamaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi. Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk." (Riwayat Al-Bukhari)

Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW mengingatkan kita berkenaan kesan dan pengaruh kebaikan seseorang yang boleh berpindah kepada orang di sekitarnya.

2. Kerana itu kita disarankan agar memilih sahabat yang baik yang sentiasa menyeru agar melakukan perkara kebaikan serta meninggalkan perkara keburukan.

3. Kita seharusnya percaya bahawa orang yang dipilih sebagai sahabat atau rakan baik akan menjadi "cermin" kepada diri kita. Jika baik pilihannya, baiklah juga diri kita, jika sebaliknya, begitulah juga gambaran diri kita.

4. Dalam hadis seterusnya, Baginda SAW perbezaan di antara orang yang baik dengan orang yang buruk iaitu seperti penjual wangian dengan tukang bakaran besi di mana sudah semestinya bau wangi wangian tersebut akan terkena tempiasnya pada penjual wangian, begitu juga dengan bau busuk bakaran besi, sedikit sebanyak akan melekat pada pembakar besi.

5. Jelas, berpunca dari kebaikan satu orang manusia, ia boleh bercambah kepada yang lain. Maka jadikan diri kita sebagai orang yang membawa kebaikan tersebut atau dengan kata lain berperanan seperti penjual wangian yang sentiasa menyemai kebaikan dalam diri orang lain.

6. Jangan beralasan dan asyik mengharapkan orang lain untuk memulakan. Memulakan sesuatu yang baik di tengah suasana keburukan adalah sifat mulia. Ia kerap dirasakan pelik dan asing lalu dikritik dan ditertawa oleh orang yang tidak menilainya dengan mata hati.

7. Tiada sebarang ruginya untuk mengelak diri dari maksiat dan keburukan, serta bersikap lurus dan amanah dalam setiap urusan kehidupan kita bersama manusia lain. Mengapa kita perlu menipu sedangkan ia tidak disukai jika terkena kita sendiri? Dan mengapa perlu memaki hamun sedang ia pedih buat orang lain dan juga diri kita?

8. Pastikan kita memilih SAHABAT yang baik, yang akan menjadi ikutan dan bukannya kejian. SAHABAT yang kurang baik kita bantu mereka.