BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 20 April 2011

PELUPA ITU KITA

Teman...
Mungkin sekali kita leka

Sekali pernah terlepas dari genggaman
Ucapan 'Oppps' mendahului 'Ya Allah'

Bila perut kenyang
Ucapan 'Haaa kenyangnya' mendahului 'Alhamdulillah'

Bila diri terpegun akan keindahan
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'

Bila dikunjungi berita malang
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita alpa kepada kalimah
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa
Tapi ingatlah
Agar bila Malaikat Izrail datang membawa berita
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara

Manusia memang diciptakan untuk lupa, jadinya perbanyakkanlah tazkirah dalam diri, insyaAllah salam terbaik ummat. ISLAM indah dalam segala pekara.

SELALU CHECK HATI KITA



Maaf... Awak tak mampu cantumkan hati saya macam Dia...

Sizuka > Hati saya terluka lagi...

Nobita > Awak, saya boleh cantumkan kembali.

Sizuka > (^_^)
 
Nobita > Hurm... Awak, sekarang hati awak dah sihat ni. Jangan sedih-sedih lagi tau.

Sizuka > Awak, takpa lah awak. Walau berkali awak cuba cantumkan lagi... Saya tau ianya pasti akan retak kembali.
 
Nobita > Erm... Awak tak suka ke saya tolong awak cantumkan kembali hati awak? Saya tak nak awak sedih. :-(

Sizuka > Bukan macam tu awak... Saya nak serahkan hati saya kepada Allah. Sebab Dia saja yang mampu cantumkan kembali hati saya betul-betul. Bukan manusia.
 
Nobita > Owh. Macam tu ye awak. Saya fikir saya mampu cantumkan hati awak balik. Tapi ternyata dengan mengingati Allah saja hati kita mampu dicantumkan kembali.

Sizuka > (^_^)
 
Nobita > Takpa awak. Saya akan tunggu awak. Saya minta maaf jika menganggu urusan awak dengan Allah. Terima kasih awak.
 
Hati yang retak tak akan dapat dicantumkan kembali jika cuba mengubatinya dengan cinta-cinta yang lain. Kesannya, skrip cinta akan berulang kembali. Ubat paling utama ialah mengingati Allah.

Bercinta dengan manusia lain rasanya. Bercinta dengan Allah sungguh manis. SubhanAllah. Kembali mencari hati yang retak dan berkecai untuk dicantumkan kembali dengan bermunajat kepada Allah, bertahajud kepadaNya mohon diberi kekuatan. Kerana Allah Maha Mendengar, manusia tidak mampu menjadi pendengar sesetia Allah. Kembalilah kepada Dia jika kita sedang bermasalah. Allah ada solusinya. InsyaALLAH

LAYAR KEHIDUPAN



Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pepohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Lihatlah di sana sini
Beburung menyanyi keriangan
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian kita
Mensyukuri nikmat Yang Maha Esa
 
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban


Tiada yang dapat lari
Dari masalah diri
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Buatmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Diri sendiri tentukan
Hidup ini usah dipersiakan

FAKTOR DOA TIDAK DIMAKBULKAN

  • Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya
  • Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunnahnya
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya
  • Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya
  • Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya
  • Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya
  • Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya
  • Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya
  • Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri
  • Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka

ALANGKAH INDAHNYA

Tuesday, 19 April 2011

PEMILIK CINTA ABADI

Duhai sahabatku…
Mendung langit gerimis pula menghiris
Jatuhmu rebah tersungkur
Sakitmu amat perit
Seakan suram dan kelam
Namun masih mampu kau tersenyum
Masih mampu zikir menguntum
Masih mampu puja dan puji Illahi beralun
Masih mampu kalimah Allah kau susun
Masih mampu kau tabah
Masih mampu kau menongkah

Duhai sayang…
Hampir menitis air mataku
Melihat kau getir diuji
Tapi bergema redha dalam jiwamu
Hatimu pencinta takdir jalan kehidupan
Sanubarimu mohon ketaqwaan seorang hamba
Kau istimewa… Terlalu istimewa... Sentiasa berlapang
Bila diri diuji
Bila diri disakiti
Bila hati diusik syaitan
Bila jasad penuh kafarah dosa
Lalu… Hatimu diwudukkan

Dengan jiwa kehinaan 
Dengan perasaan ketakutan
Dengan degup jantung azab Tuhan
Kembali bersujud pada Yang Esa
Pada hamparan itu sendumu berlagu
Air mata kehambaan menitis
Malam penuh kesunyian itu diusik taubatmu

Saat kau hampir goyah
DIA lah kau mengadu
Saat kau dihiasi senda tawa
DIA lah kau bercerita
Hatimu sentiasa ada DIA
Hingga saat kau melupaiNYA
DIA pasti mencemburuimu
Kerana itu kau diuji… Untuk kembali berserah kepada PEMILIK CINTA ABADI


Monday, 18 April 2011

AMARAN MENGENAI RIBA-PRAKTIKKAN ILMU YANG DIPELAJARI

Hindarilah riba, kerana ia bukan membawa kepada keuntungan tetapi membawa kepada kebencanaan..  

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan". [Surah Al-Imran 130]  

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman". [Surah Al-Baqarah : 278]  

Firman Allah S.W.T : "Dan sesuatu riba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang (yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya)". [Surah Ar-Rum : 39] 

Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275]. 

Firman Allah S.W.T : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba yang belum dipungut jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”. [Surah Al-Baqarah 279]. 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba". [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya, "Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?" Sabdanya, " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya".  [Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]

Rasulullah S.A.W bersabda : Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan kerana takut dan menuduh perempuan yang suci dengan zina tanpa saksi adil". [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim] 

Rasulullah S.A.W bersabda :  "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya". [Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud :  "Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali". [Hadith Riwayat Muslim]

Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya : "Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya (adalah) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai". [Hadith Riwayat Muslim]

Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : "Saya mendengar Rasullullah S.A.W berpidato pada Haji Wada’ : "Wahai manusia... Sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya". [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya". [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Imam Malik Bin Anas r.h pula berkata : “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah S.W.T dan Sunnah Nabi S.A.W dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah S.W.T dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya”. [Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ]

Berkatalah Abu Hanifah r.h pula : “Riba, inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan". [Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73]

Ibn Abbas r.a berkata : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : "Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T dalam mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya".  [Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366]

Berkata Imam Qatadah r.h : “Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada”. [At-Tabari, 3/72]

Berkata Ibnu Abbas r.a : “Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya”. [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir 'An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224] 

Imam An-Nawawi r.h berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar". [Rujuk Al-Majmu’, 9/391]