BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 4 April 2011

KETETAPAN ALLAH USAH DISANGKAL

Salam sayang buat TEMAN-TEMANKU...
Coretan buat peringatan diri dan teman-teman...

"Andai saya buat begini, hal itu pasti tidak akan terjadi".
Benarkah demikian?

...
Adakah jika saya dikembalikan ke masa lalu, saya akan melakukan hal-hal tertentu maka apa yang saya takutkan tidak akan terjadi?
Adkah masih ada jalan untuk saya menolaknya andai Allah telah menetapkan sesuatu?
Adakah andaian-andaian ini memberi saya kekuatan?

Tidak!

Hanya yg akan muncul hanya penyesalan
Hanya khayalan semata-mata
Khayalan yang akan menghantui diri
Yang akan meningkatkan kesedihan
Yang akan melemahkan saya

Katakanlah... Ini adalah ketetapan Allah.

Syaitan itu sudah sesat
Syaitan akan hasut untuk menyalahkan takdir dan ketetapanNya
Jangan diperalatkan lebih jauh untuk kufur
Hentikan berandaian

Ingatlah pesan Nabi SAW :
"Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah".

Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya kerana ia adalah amalan ahli neraka. Teguhkan imanmu.

"Demi Allah, Dzat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya setiap dari kamu ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga tinggal sehasta (dari siku sampai ke hujung jari). Lalu suratan takdir mendahuluinya, sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk neraka. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berdoalah... Kekuatan kita adalah Allah.

"Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqomah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu". Amin.

A TRUE FRIEND





PERSAHABATAN adalah sebuah perhubungan yang sangat bermakna kepada setiap orang berbanding bentuk hubungan yang lain selepas hubungan dengan Allah
Dalam Bahasa Inggeris adalah FRIENDSHIP

F is for Fun . . . That friends share when they are together.
R is for Reliability . . . A true friend is someone that you can always rely on.
I is for Interest . . . Someone who is genuinely interested in you, your fears, joy, and life.
E is for Energy . . . They pick you up when you are down.
N is for Nothing . . . Nothing is ever too much, no matter what time it is, night or day.
D is for Distance . . . Although the miles may separate you, a true friend is never far away.
S is for Secrets . . . Your feelings and personal can only share with them.
H is for Happiness . . . The way I feel when we are together.
I is for Inseparable . . . Through good times and bad, tears and laughter. A friend will always be there for you.
P is for Perfect . . . The friendship.

Bukan mudah mencari SAHABAT yang benar-benar SAHABAT iaitu mereka yang sentiasa ada di sisi kita saat senang dan susah. Jika kalian sudah menemuinya, hargailah mereka mereka dengan sebaik-baiknya atau kamu akan menyesal . . .

Sunday, 3 April 2011

DAKWAH BUKAN JALAN MUDAH

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

SEINDAH MAWAR BERDURI from ILUVISLAM


Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.

Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.

Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.

Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.

Mawarku,
Jangan biarkan kelopakmu gugur menyembah bumi,
Lindungilah dirimu dengan shauqahmu,
Balutilah dirimu dengan sifat malu,
Jagalah akhlak dan imanmu,
Peganglah pada prinsip yang satu Innallahhama'ana...

Saturday, 2 April 2011

API OH API

Api Oh Api!

"Api... Api... Lari!"

"Selamatkan diri!"

Siren kecemasan kedengaran. Bertempiaran semua orang menyelamatkan diri.

Saat itu semua orang hanya memikirkan diri sendiri.

Tiada lagi istilah bos dan kuli. Lari atau mati.

Demikian sedikit gambaran kebakaran yang selalu kita dengar di kaca TV.

Menariknya, tatkala peristiwa ini berlaku tenaga itu datang dengan tiba-tiba dan sungguh luar biasa.

Malah ada yang mungkin melompat ke luar jendela, mencari jalan keluar yang paling pantas.

Refleksi diri hari ini : Sungguh kurang di antara kita yang lari menyelamatkan diri dari api neraka biarpun sudah tahu akan bahananya.

Malah ada yang menyiram dengan siraman maksiat, menyemarakkan lagi api untuk memanggang diri sendiri.
 
Saya kira cerita di atas bukan analogi semata-mata tapi ia adalah satu kebenaran yang perlu difahami.

Ia adalah satu gambaran berupa peringatan daripada Allah s.w.t.. Dan hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan menyedari rahsia alam.

Orang selalu kata yang kita senang ingat Allah bila kita susah. Ironinya, kita kurang pasti berapa ramai yang mengingati Allah tatkala mereka sakit.

Malah ada yang menjadikan alasan sakit itu untuk menjauhkan diri daripada Allah s.w.t.. Pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya.

Sakit itu semacam satu lesen besar untuk lari dari kewajipan yang sewajarnya.

Sepatutnya, sakit itu adalah peluang untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t.. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Maka marilah kita semua menyucikan hati.

Hanya MUKMININ yang akan ke SYURGA...

JALAN KE SYURGA ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS

HARI ITU, INI DAN ESOK

Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba di penghujung dengan sesal, hampa dan kecewa. Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran takdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah nikmat yang perlu dinikmati dengan sabar.

Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa.

Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.

Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.

Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu kuukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh berbunga harapan untukku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan Ar-Rahman pada saat yang ditentukan.

Hari ini berbunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah berbunga yang mekar ini bakal digubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan roh tanpa cukup persiapan pada amalan.

Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemuNYA seperti mekarnya berbunga harapan.

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYA memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua.

Hari ini berteleku jua dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan.

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok.

Tuhan segalanya sudahku serahkan...

Friday, 1 April 2011

SAMPAI BILAKAH?

Bila mak kata dia teringat, kita jawab sibuk sangat...
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...

Bila hati kita terguris, kita kata... "Mak memang tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata... "Ayah memang tak ambil kisah".

Tetapi...

Bila hati mak kita guris, mak kata... "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata... "Tak mengapa, belum sampai akalnya".

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...