- Dari pusat hingga ke lutut.
Aurat dengan lelaki ajnabi (sama ada Muslim atau bukan Muslim)
- Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat dengan wanita bukan Muslim
- Sama dengan aurat di hadapan lelaki ajnabi. Ini berdasarkan hujah bahawa dibimbangkan wanita non-Muslim akan mendedahkan kepada lelaki ajnabi. Namun dalam situasi tertentu seperti di asrama sebilik dengan pelajar non-Muslim dan jika dia baik moralnya, maka dibolehkan mendedahkan anggota badan yang biasa terdedah (seperti rambut, leher, tangan hingga ke siku dan kaki) tatkala melakukan kerja di dalam rumah.
Aurat di hadapan mahram
- Dari pusat hingga ke lutut menurut mazhab Syafie.
Aurat dalam solat
- Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita dengan kanak-kanak
- Kanak-kanak belum mumaiyiz tiada aurat. Kanak-kanak mumaiyiz yang tiada syahwat auratnya ialah dari pusat hingga ke lutut. Kanak-kanak mumaiyiz yang ada syahwat dan ajnabi auratnya ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat bersama suami
- Tiada aurat





0 comments:
Post a Comment