BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 24 March 2011

DOSANYA DIAMPUNKAN

Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh sebab tiada timab untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. 

"Kemudian dia naik ke atasa dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya, "Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini". Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat semula ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga".


Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?" Baginda menjawab : "Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala". (Riwayat al-Bukhari)

0 comments: