BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 26 April 2011

SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Mengapa wanita hiasan dunia diletakkan di tempat yang terpuji? 
Sedangkan wanita solehah itu berada di dalam lumpur. 
Bukankah sepatutnya ia dimuliakan seperti di atas takhta? Apa bezanya, wahai ibuku?

Wahai anakku…
Wanita hiasan dunia begitu ramai sekali. Wanita ini suka berhias mempamerkan aurat kecantikan diri. Bahkan tidak malu memperlihatkan bahagian sulitnya yang diharamkan oleh Allah kepada bukan muhrimnya. Wanita ini lebih mengutamakan kecantikan luaran dari kecantikan dalaman kerana kecantikan inilah ramai yang terperdaya dengan pandangan mata, kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Sehingga ramai kaum lelaki tergila-gilakan wanita yang jelita dan mempersona. Padahal kecantikan ini bersifat sementara akhirnya ramai yang jatuh ke lembah kehinaan. Wanita inilah dikatakan ‘WANITA HIASAN DUNIA’ mudah dijumpai dan senang dimiliki.

Wanita solehah pula, hidupnya di alam ini bukan hidupnya untuk dipuja, dipuji apatah lagi disanjung. Jalan hidupnya penuh kesulitan dan kepahitan. Banyak dugaan yang akan dilalui namun dari dugaan itu ia belajar dari ujian demi ujian yang Allah berikan. Dari ujian itulah ia bersabar, tabah, tunduk yakni tawaduk serta istiqomah dalam perjalanan hidupnya. Beginilah kehidupan wanita solehah yang Allah corakkan buatnya di atas dunia ini. Oleh kerana itulah wanita solehah diletakkan oleh Allah kedudukannya umpama seperti berlian di dalam lumpur di alam ini. Biarpun dirinya dipenuhi selut namun ia tetap bertahan dalam kilauannya yakni NUR IMAN.


0 comments: