BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 22 March 2011

TIPS BUAT HAWA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

"Muslimah solehah menggegar dunia dengan kekuatan iman dan ilmu, bukan dengan keayuan senyuman dan kelembutan bicara".

DARI SAHABAT BUAT SAHABAT



Setiap kali ada permulaan pasti ada akhirnya...
Setiap kali ada awal pasti ada hujungnya...
Begitu juga…
Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti...
Setiap kali ada minggu pasti ada yang menunggu...
Setiap kali ada bulan pasti ada yang akan berdepan...
Setiap kali ada tahun pasti ada yang berpohon...
Yang pasti itu...
Adalah janji ILAHI yang tidak siapa ketahui isinya...

Hari ini kita bertemu…
Hari esok belum pasti...
Hari ini kita bersatu...
Hari esok TUHAN yang tahu...
Selamat jalan sahabat…
*Khusus buat kalian yang bergelar sahabatku*
  • Tadika
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • Institut Pengajian Tinggi
  • Yang dikenali secara tidak langsung

PENGEMBARAAN SEORANG INSAN BERGELAR PELATIH DI LATIHAN INDUSTRI


Seminggu berlalu . . .

Latihan industri merupakan sebuah lapangan yang terbaik bagi pelajar untuk merasai dan melalui serba sedikit pengalaman ketika berada di alam pekerjaan. Pelajar yang menjalani latihan industri boleh menggunakan peluang yang ada untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari semasa kuliah atau tutorial bersama pensyarah masing-masing.

Kita perlu akur bahawa tidak setiap bidang yang dipelajari merupakan pekerjaan semasa berada di alam pekerjaan kelak. Maka, latihan industri juga perlu dimanfaat bagi para pelajar bukan sahaja untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari tetapi ruang yang ada juga perlu digunakan untuk menjadikan diri lebih bersifat dinamik pada masa hadapan. Hal ini kerana banyak pelajar yang menganggur adalah disebabkan oleh sifat yang tidak dinamik dan hanya menumpukan kursus yang disertai semasa pengajian.

Tidak semua perkara boleh dipelajari semasa berada di bilik kuliah. atau tutorial Bagi membina modal insan yang dinamik di dalam para pelatih, latihan industri wajar dijadikan ruang pembelajaran secara tidak formal oleh para pelatih untuk mendalami dunia pekerjaan yang bercirikan kepelbagaian.

Amalan kerja yang baik yang telah diterapkan semasa latihan industri harus terus diamalkan. Contoh amalan kerja yang baik ialah kerja secara berpasukan, profesional dan berperancangan. Sikap seperti ini amat dikehendaki bagi menjayakan sesuatu perkara di samping memperkemaskan para pelajar untuk melaksana projek di akhir pengajian di institusi.

Laporan latihan industri yang disediakan oleh para pelajar sendiri tidak terhad sebagai pemantaun kepada para pelajar bahkan menjadi rekod yang boleh dijadikan rujukan pada masa-masa memerlukan. Latihan selama empat bulan adalah tempoh yang boleh memacu minda para pelajar agar mampu bertransformasi untuk memenuhi keperluan industri Malaysia. Kegagalan untuk memahami objektif utama pelaksanaan latihan industri akan membantutkan perkembangan diri para pelajar bagi menjadi sumber manusia yang bermanfaat kepada negara dan pasaran global. 

"Terima kasih warga kerja Agrobank. Ukhuwah fillah abadan abada".


Monday, 21 March 2011

M.A.L.U

Tidak MALUkah diri ini...
Kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintah-Nya ditinggalkan.
Tidak MALUkah diri ini...
Selalu curi tulang semasa bekerja di pejabat tadi?
Tidak MALUkah aku, masih tidak dapat mengawal pandangan mata di jalan?
Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain, mungkin manusia payah memaafkan. Jika kita berhajat kepada-Nya, pasti ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita. Namun Allah s.w.t. masih Maha Penyayang. Allah s.w.t. masih terus memberi rezeki, memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita. Alangkah MALUnya!
Kita patut MALU kepada Rasulullah s.a.w. yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. Namun sunnah-sunnah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti. Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti. Sekali lagi... Alangkah MALUnya!

Sabda Nabi s.a.w. : "Apabila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu".

TARBIYYAH DARI ILAHI

 

...apabila diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita...

Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada KESUKAAN, tapi selesa juga dengan KESAKITAN... Jadi senyumlah wahai saudaraku, walau suka dan duka. Kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu TARBIYYAH DARI ILAHI buat hambaNya yang dikasihi... Setiap ujian itu tersirat hikmah di sebaliknya.



MUHASABAH DIRI



"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' - Surah Al An'aam : 73

IKHLASKAN HATIMU