BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 24 March 2011

MUSLIMAH SEJATI



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) : Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin". Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning. (hingga akhir hadis)” (Riwayat al-Tabrani).

PILIHAN DI TANGAN KITA



Nasihat buat TEMAN...
Atas tautan ukhuwah dan atas dasar yang kukuh
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman
 
Wahai TEMAN... 
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia seringkali menjadi fitnah lelaki dan sememangnya itu bukan salahmu 
Tapi itulah hakikat kejadianmu
 
Wahai TEMAN... 
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki yang seringkali mengimpikan teman di sisi 
Dan tentulah teman yang diimpi seorang srikandi 
Tapi ketahuilah temanku 
Bercinta itu fitrah 
Tapi jangan kau cemari dengan fitnah 
Kalau kau mengasihinya 
Kasihlah dia kerana Pencipta fitrah 
Dan jika benar engkau mengasihinya keranaNYA 
Kau takkan bisa melunakkan soutulmu 
Kau takkan bisa melemparkan panahan menggoda kerna kau tahu itu bisa menggoyahkan iman seorang rijal 
Dan kau tahu dia punya sembilan akal dan satu nafsu
 
Wahai TEMAN...
Andai kau mencintainya 
Cintailah dia keranaNYA 
Letakkanlah DIA melebihi cintamu padanya 
Andai kau mengasihinya keranaNYA 
Kau takkan bisa mengajaknya bermukah di taman yang sepi 
Kerana kau tahu dia punya sembilan nafsu dan satu akal 
Tapi manakan mungkin satu akal menguasai sembilan nafsu
Andai kau mengasihinya keranaNYA
Kau takkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan2 kerana kau tahu itu sudah menghampiri zina dan kau tahu bukan?
Zina tempatnya di api neraka
Apakah kau benar mengasihinya andai kau relakan dia terjun ke nerakaNYA?

Sahabatku AN NISA'...
Sahabatku AR RIJAL...
Pesanan ikhlas buatmu Lilllahi Ta’ala
Kerana aku mengasihimu
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak bersalah
Tetapi letakkan cintamu padaNYA yang hakiki
Andai DIA yang engkau dahului engkau takkan gelisah andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tak didengar mahupun teknologi di depan mata
Engkau takkan rindu andai sehari tak bersua
Engkau takkan bersedih andai dia lupa mengatakan i love u
Kerana kau percaya DIA yang terbaik

Dengarilah sahabatku sayang...
ALLAH memujukmu
‘At-toyyibat littoyibin' (Surah An-Nur : 26)
Wanita baik itu dijadikan untuk lelaki baik dan sebaliknya

Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luhmahfuz untukmu
Cuma peribadinya ditentukan oleh ALLAH sejauh mana ketinggian peribadimu
Jika kau thabat di atas jalan yang diredhai
InsyaALLAH si dia turut dijalan yang sama
Lupakan segala kegundahan
Teguhkan diri pada cinta hakiki
Nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki

SUBHANALLAH

DOSANYA DIAMPUNKAN

Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh sebab tiada timab untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. 

"Kemudian dia naik ke atasa dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya, "Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini". Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat semula ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga".


Sahabat bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?" Baginda menjawab : "Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala". (Riwayat al-Bukhari)

MAKIN DEKAT KIAMAT, MAKIN JAUH DARIPADA ALLAH?

Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.

Kebanyakan kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata. Belajar, bekerja, berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi. Manusia makin lupa bahawa kita masih ada satu sisi lagi yang perlu disuap. Bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan. Malah spiritual yang lebih utama perlu disuap. Solat pula hanya pergerakan fizikal, hatinya mengembara entah ke mana. Apabila berpuasa, hanya perut yang berpuasa. Alhasil, ibadah hanya kekal ritual.

Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah sudah luput. Manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur, tidur dan bermimpi indah. Bukan lagi tidur awal, bangun qiamullail dan berjemaah Subuh semata-mata memenangi cinta Allah. Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam, mula tidur pada saat orang Mukmin sepatutnya bangun bertahajud, dan membiarkan waktu Subuh berlalu begitu sahaja. Berapa ramai orang yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu. Kitakah itu?

Sungguh, hati kita kering daripada cinta. Cinta kepada-Nya. Apakah apabila makin dekat dengan kiamat, makin jauh manusia daripada Allah? Na'uzubillah! Moga Allah kurniakan kita cinta kepada-Nya.

Wednesday, 23 March 2011

DOA QALBU

Di malam penuh bintang
Di atas sajadah yang kubentang
Sedu sedan sendiri
Mengaduh pada Yang Maha Kuasa
Betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
Urat nadi pun tahu aku hampa

Di malam penuh bintang
Di bawah sinar bulan purnama
Kupasrahkan semua
Keluh kesah yang aku rasa
Sesak dadaku
Menangis pilu
Saat ku urai dosa-dosaku..
Di hadapan-MU ku tiada ertinya

Doa qalbu tak bisa aku bendung

Deras bak hujan di gunung sahara
Hatiku yang gersang 
Terasa oleh tenteram

Hanya Engkau yang tahu siapa aku

Tetapkanlah seperti malam ini
Sucikan diriku selama-lamanya 

DOA QALBUKU . . . 

*Menginsafkan diri ini (*-*)

PERINGATAN RASULULLAH YANG KIAN LUNTUR


Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

HATI TENANG DENGAN ZIKRULLAH

" Orang-orang beriman itu hati mereka tenteram dengan ingat (zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat (zikir) kepada Allah, maka hati tenteram". (Ar-Rad : 28) 

 Tahukah Kalian? 
  • Hati itu tidak pernah stabil dan selalu gelora. Bahkan, geloranya melebihi gelora air ketika mendidih. Sabda Rasulullah s.a.w..
  • Hati perlu distabilkan, agar terjaga suhunya dan tidak mudah rosak. Bagaimana cara menstabilkan hati?
  • Zikir adalah jawapannya. (Ar-Rad : 28). Sebaiknya orang Muslim berzikir dengan zikir-zikir yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w., yang dalam ilmu hadis diistilahkan dengan a'tsar, kerana lebih terjamin.