BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 21 March 2011

M.A.L.U

Tidak MALUkah diri ini...
Kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintah-Nya ditinggalkan.
Tidak MALUkah diri ini...
Selalu curi tulang semasa bekerja di pejabat tadi?
Tidak MALUkah aku, masih tidak dapat mengawal pandangan mata di jalan?
Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain, mungkin manusia payah memaafkan. Jika kita berhajat kepada-Nya, pasti ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita. Namun Allah s.w.t. masih Maha Penyayang. Allah s.w.t. masih terus memberi rezeki, memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita. Alangkah MALUnya!
Kita patut MALU kepada Rasulullah s.a.w. yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. Namun sunnah-sunnah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti. Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti. Sekali lagi... Alangkah MALUnya!

Sabda Nabi s.a.w. : "Apabila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu".

TARBIYYAH DARI ILAHI

 

...apabila diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita...

Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada KESUKAAN, tapi selesa juga dengan KESAKITAN... Jadi senyumlah wahai saudaraku, walau suka dan duka. Kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu TARBIYYAH DARI ILAHI buat hambaNya yang dikasihi... Setiap ujian itu tersirat hikmah di sebaliknya.



MUHASABAH DIRI



"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' - Surah Al An'aam : 73

IKHLASKAN HATIMU

Sunday, 20 March 2011

JIHAD CINTA from ILUVISLAM

Cinta...
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu
Andai saja kau JAUH dari diriku
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku
Andai saja kau HILANG dariku
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku

Cinta...
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan
Biar harta dan jasad terkorban
Kerana cinta ini yang ku damba

Cinta...
Menyebut namamu takkan pernah jemu
Mengingatimu takkan pernah lupa
Memujimu takkan pernah rapuh
Janjimu sentiasa teguh
Cinta sehidup dan selepas mati
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu
Aku hidup kerana cinta itu
AKu mati kerana cinta itu

Cukup bagiku cintamu
Itulah pelindung yang memeliharaku
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku
Itulah kebahagiaan yang menyinariku

Engkau yang selalu ada
Engkau yang sentiasa bersama
Saat suka dan duka
Aku cinta padamu
Aku cinta pada takdirmu
Aku cinta pada jalanmu

Atas nama cinta...
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Atas nafas cinta...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahu Akhbar...
Jihad cinta buatMu ya Rabb...

BATAS AURAT WANITA



Aurat sesama wanita Muslimah
- Dari pusat hingga ke lutut.

Aurat dengan lelaki ajnabi (sama ada Muslim atau bukan Muslim)
- Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat dengan wanita bukan Muslim
- Sama dengan aurat di hadapan lelaki ajnabi. Ini berdasarkan hujah bahawa dibimbangkan wanita non-Muslim akan mendedahkan kepada lelaki ajnabi. Namun dalam situasi tertentu seperti di asrama sebilik dengan pelajar non-Muslim dan jika dia baik moralnya, maka dibolehkan mendedahkan anggota badan yang biasa terdedah (seperti rambut, leher, tangan hingga ke siku dan kaki) tatkala melakukan kerja di dalam rumah.

Aurat di hadapan mahram
- Dari pusat hingga ke lutut menurut mazhab Syafie.

Aurat dalam solat
- Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat wanita dengan kanak-kanak
- Kanak-kanak belum mumaiyiz tiada aurat. Kanak-kanak mumaiyiz yang tiada syahwat auratnya ialah dari pusat hingga ke lutut. Kanak-kanak mumaiyiz yang ada syahwat dan ajnabi  auratnya ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat bersama suami
- Tiada aurat

TANDA ORANG BIJAKSANA

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah :
  • Hatinya selalu berniat suci
  • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  • Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  • Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
  • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda hurau, sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" -Surah Al-An'am : 32